Percutian Family ke Perth 2017 - Hari Pertama (KLIA2, City Stay Apartment & Watertown)

September 11, 2017



25 Ogos 2017 -Jumaat


Aku dah mula cuti hari Khamis lagi sebab beg pon belum habis kemas. Kami akan bertolak ke ERL Putrajaya awal pagi. Flight kami jam 9.45 pagi. Tahu jelah KLIA2 tu nak sampai ke gate punyalah jauh. Memang tidur2 ayam je malam tu. Takut tak terjaga. Jam 3 pagi dah bangun siap2 ...Kul  4 pagi keluar rumah. Sampai parking kereta Bakyah dah ada. Dia dah terus naik tren pertama. Kami bukak bateri kereta dulu. Dan naik tren kedua 20 minit kemudian. Dah ramai orang dah masa ni.




Sampai di KLIA2 terus pergi drop beg. Orang dah berlingkar beratur. Selesai drop bag kami lepak2 dulu , solat subuh...pergi makan dulu lah kat KFC. Takut nanti lambat plak serve makanan.

Kongsi je untuk alas perut.



Bergambar dulu luar KFC..

 Dah 7.30 pagi kami bergerak masuk untuk cek passport . Masa security check kene jugak bukak boot. Mujur pakai ankle boot je. Asben kene bukak belt. Punyalah jauh kene berjalan ke gate 10.


Pergi tandas dulu dan isi air dalam botol..kang ada le sibuk dahaga lah.


Gate belum bukak lagi jadi sempat lagi aku bayar bills,,gaji baru masuk . Mengantuk sangat ler...dah tidur kejap je kan.


Aku dapat twin seat ..seat ni kat tepi tingkap berdua je ...so lapang sikit lah laluan disitu . Aku tak beli seat ..tapi AA mmg susun sebaris sekeluarga. Cuma aku punya seat kat belakang asben tepi tingkap jugak duduk berdua dgn mat salleh. Tapi aku dah tukar duduk sebelah Hafiy...mat salleh tu busuk mulut nya berdengkur lepas minum arak.



Perjalanan selama 5 jam lebih ...sebelah Hafiy ada kakak tu suka hulur makanan , coklat le kat Hafiy.
Kami sampai Perth awal jugak ler dalam kul 3 touch down.

Sampai je sebelum ambik bag kene tempuh immigration dulu cek passport. Lepas tu ada sorang officer tahan nak tgk arrival card. Dan tanya ada bawak daging ke apa...aku kata ada bawak makanan...dia kata Brahims ker...hehehehhe...

Aku lupa nak tunjuk list yg aku buat...lepas ambik bag officer seterusnya bagi lepas kakak aku sekeluarga..aku plak yg dia suruh pi lorong lain utk di periksa oleh anjing pengesan.

Mujur anjing aritu kecik je dan nampak baik2 je hehhehe....kami diminta beratur sebaris...dan anjing akan lalu mengelilingi barisan. Mujur dia tak hidu2 beg atau badan kita.

Selesai pemeriksaan semua dilepaskan . Terus keluar ke pintu balai ketibaan.



Aku stop dulu beli sim card Optus. Sebelah Vodafone.




Berposing ngan beg...tuan beg sibuk membaca nota ..nak cari mana tempat tunggu bas.


Keluar je pintu terminal 1 tu sejuk. Jalan je kedepan sikit sebelah kanan selepas keluar pintu ada tempat tunggu bas Transperth 380 ke bandar Perth.


Tu kat screen ada tulis Transperth 380. Untuk tahu apa bas perlu naik dan di bus stop mana, aku mmg guna google maps...pilih kat situ naik bas. jadi dia senarai kan bas apa perlu naik di bus stop no berapa..jam berapa bertolak...jam berapa sampai.
Dari airport Perth tunggu di bus stop 27464



Beg hitam ni penuh makanan. Sampai dah terkopak sikit.




 Ada sekeluarga melayu 4 orang pon nak naik bas dgn kami.


Hari tu Jumaat  so selepas jam 3 ptg dah boleh guna Family rider pass . Hanya bayar $12.60 untuk kami sekeluarga jimat dah tu. Kalau tak seorang $4.70 kali 5 orang dah $ 23.50. Tapi kene ada 2 dewasa dan anak2 sehingga 5 orang. Masa naik bas tu aku bgtau driver Family pass rider for 5 persons...dia tetiba oooohhh...it's okay no need to pay...dia bagi aku sekeluarga naik free je. Baik kan pakcik tu....driver local je yg baik nak bagi naik free. Kalau foreigner tu takdenya...masam je muka.
Sukernya budak tu sampai Perth...


Penuh bas tu dgn beg2 besar susah gak. kami duduk belakang .


Berborak dgn family melayu tu ..suami ngan anak lelaki dia duduk belakang ,,,wife dn anak perempuan didepan...tanya dia turun mana dia kata St George...aku nak turun stesen bas penghujung sekali di Elizabeth Quay.




Cuaca mmg terik sangat...50 minit kami sampai di stesen bas Elizabeth Quay. Dah gelap plak. Masa tu 5 ptg rasanya. Dah sampai stesen kita kene naik ke atas...ada lah jual2 makan kat atas tu. Ada kedai makan Asian..


Ada jual mee goreng..ada budak terliur...hehehe



.aku beli air iced coffee yang orang kata sedap tu...oohhh memang sedap pon. Aku beli brand Dare dan Barista.

Barista ni ramai kata sedap ..plg sedap.

Lepas tu kene cari bus stand D ..turun ke bawah dan tunggu bas Cat hijau ...bas ni free yer.

5. 41 pm nanti bas sampai.


Kalau duduk di City Stay Apartment ...dkt Elizabeth Quay tu cari bus stand ni...no 12218


Sampai bas kami naik





dan berhenti di Sutherland stop 9... betul2 depan Watertown yang mcm JPO tu.


 Kena study tau laluan bas kat Perth ni. Bas Green CAT ni hari minggu Sabtu ahad takde. Tapi dekat apartment ada bas Yellow CAT punya bus stop dekat sangat.

Sampai je bus stop tadi..aku turun pintu tengah




 tetiba je pakcik drebar ada sebelah bersungguh menunjukkan apartment kami...baik kan driver local...suka dia kita dtg negara dia. Siap cakap jumpa lagi,
pukul 6 pm dah gelap dah.

3 minit je jalan kaki sampai le apartment...


Tempat melintas jalan garis2 tu.

.eh..eh...family tadi tu pon rupanya duduk situ hahahaha...



Ramai betul org melayu ...staff City Stay Apartment ni pun melayu nama Dilla. Dah selesai check in...cepat2 masuk bilik. Bilik aku 215...Bakyah duduk bilik 214. Semua lengkap dalam rumah ni.
Ada toaster, rice cooker, periuk, pan, pisau, sudu,sudip,  garam, pencuci pinggan, electric kettle.

Kat lobby ada jugak mini mart...jual beras, maggi, biskut, air dll keperluan.




Makanan jiran sebelah hehehhe...telur beras Yasmine dan minyak masak tu kami beli kat convenience store kat Perth...

Aku ada contoh untuk buat senarai makanan yang dibawa ..boleh rujuk entry Persiapan dan tips bercuti di Perth.

Masa dah suntuk untuk soping...jadi aku suruh yang lelaki pergi soping kat Watertown sebab arini bukak sampai jam 9 pm. Aku dan Bakyah plak akan pergi ke Murray street untuk beli barang dapur.



Jumaat kedai tutup lambat...kami berjalan kaki dekat 18 minit gitu..hari dah gelap. Sampai je...cari Coles....puas pusing...tanya orang rupanya tutup utk renovation...huhuhu...dah tu lupa study ...woolworths tu pon pasaraya dan bukak lagi..huwaaaa....jadi kami balik semula dan beli di kedai convenience store ...mahal le sikit...beli yang penting je  macam beras, telur, air mineral. Air paip tu masak rasa payau.
Hampa bila coles tutup utk reno.


Sampai apartment ada masa lagi untuk shopping kat depan nun. Bakyah takmo sebab penat. So aku pergi sorang...tak nampak plak yg lain...













aku jalan2 masuk beberapa kedai...masuk satu kedai ni Temt...jumpa jaket merah...huhuhuhu....harga plak murah apa lagi beli ler.


Harga asal $119 rasanya...potong jadi 50 lebih.....diskaun lagi jadi $ 25 ..haruslah angkat satu kan...rege tak sampai rm 90.

Dah selesai turun bawah nampak mereka tengah sedap makan kat Ispa Kebab.


 Asben cakap rupanya family dari malaysia gak tu wife nya kawan sekolah dia ...hihihi..terserempak kat watertown .

Jam 9 mlm semua kedai tutup dgn pantas...


Kami pun berjalan balik...lalu pulak Hummer ni...huhuhuh...kereta kat Australia ni mmg hebat...kalau kat Fremantle lalu saja kereta2 antik.



kami balik kena ikut pintu belakang sebab loby dah tutup jam 7 mlm.



Tak sabar tunggu esok nya nak pergi soping souvenirs hehehehe.








You Might Also Like

9 comments

  1. Replies
    1. Memang best Qaseh...hehehe...rasa nak mengulang kalau dapat tiket murah

      Delete
  2. hai. ada itinerary tak untuk trip ni and list makanan yg bawa masuk tu? im going there next week :)

    ReplyDelete
  3. Salam Kak. Saya Ina, nak tanya tentang trip akak pergi Perth. Btw, many thanks for the informative info from ypur trip. It really helpful and interesting. But i have few questions regarding the trip and hopefully akak can help :)

    1. Dekat City STay Apartment, peralatan memasak dia semua mmg boleh pakai ye? Or akak ada bwak peralatan memasak travel ye?
    2. Akak bayar cash at the property or deduct before arrive ye utk Apartment City Stay?
    3. Boleh sy tahu utk family ride pass tu, kalau 2 parents and 3 anak2 adult boleh ke? And dia mmg ada restricted time utk guna especially weekdays after 6pm baru boleh pakai pass tu? or beli tiket tu after 6pm? And it valid 1 day from the time we purchase or masa masuk nak guna public transport?
    4. And may I know luggage balik akak berapa kg ye? :)

    Thanks in advance kak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1)Peralatan semua lengkap utk memasak..boleh pakai tanpa was-was. Tak perlu samak jika kita tak nampak peralatan tu digunakan utk memasak apa sebelum ini.

      2)Akak guna Agoda jadi dia deduct sebelum tarikh pergi

      3)Family rider pass tu puas jugak akak cari info sebab x jelas. Ada yang kata anak tu setakat umur 17 .Boleh cuba beli pass tu dulu. Family rider hanya utk weekend jika bukan waktu cuti sekolah. Jumaat bermula 3pm sampai habis waktu bas...sabtu dan ahad takde restricted time. sepanjang hari. kalau naik bas beli dekat dalam bas ..bagtau driver nak beli family rider utk 5 orang. Dia akan print tiket 5 keping tapi byr aud 12.60 jer.Kalau naik train beli dekat mesin. Simpan elok2 tiket tu. Boleh tunjuk untuk naik bas sepanajng hari.

      Luggage balik rasanya dalam 70 kg

      Delete
    2. Salam Kak. Sy Ina. Terima kasih sangat2 sebab reply, really appreciate it. May Allah bless you and family :)

      Delete
  4. Salam

    Thanx sharing ur experience. Info2 sgt membantu. Kami nak ke sana awal tahun depan insyallah. Sebelum ni jenuh fikir nak ambik accomodation kat sana. Rasanya kami decide duduk city stay apt jugaklah��

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum akak.... bley share x... kt mana akak beli boots coklat tu..... berkenan tgk.... Tq😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf baru baca komen. Boots tu Everbest beli di Parkson

      Delete

Featured post

Percutian Family ke Perth 2017 - Hari kedua (Fremantle, Perth City, Bell Tower)

26 Ogos 2017 - Sabtu Hari kedua bangun bersemangat nak berjalan. Siapkan sarapan dulu. Buat nasi goreng sardin. Bawak bekal roti...



Like us on Facebook