Persiapan dan tips bercuti ke Perth ,Australia

September 08, 2017




Lama blog ni sepi....hehhehe...tuan blog gi bercuti ke Perth. Dasat plak tahun ni sampai 4 negara jejakkan kaki. Alhamdulillah rezeki.

Percutian ni dirancang setahun lalu. Balik je dari New Zealand gatal tangan booked .
.sebab rasa bersalah ngan famili sebelum gi Nz dah booked gi bercuti Europe dengan kakak2.. he he he. Ajak famili kakak join sekali. So dah selesai le percutian kami 25-30 Ogos 2017.

Percutian kali ni memula 8 org...dah dekat bertambah jadi 9 orang.

Persiapan yang betul2 hanya 4 bulan sbm pergi sebab sibuk dengan percutian ke Amsterdam .

Aku citer sikitlah persiapan yang aku buat sebelum bercuti...


Tiket penerbangan

Tiket aku booking setahun lalu masa Air Asia ada  tambang murah. Dapatlah seorang lebih kurang rm440 return..aku lupa nilai sebenar. Seeloknya terus beli dgn luggage sbb masa ni murah jimat dalam  berbelas RM. Tapi masa ni xleh nak pikir /agak brp beg bawak huhuhu.
Seat aku tak beli sebab kalau AAX mahal satu seat dalam rm44-50. Aku dah le lambat web check in aritu...tp untung plak dpt twin seat. Jadi lega sikit ruang berjalan tengah tu. Lagipon still dia susun kami sefamili duduk sebaris. Cuma masa pergi seat aku sorang belakang asben tepi tingkap duduk berdua dgn mat saleh mulut busuk minum arak. Mujur aku awal2 dah tukar dgn asben.kihkihkih..Tapi memang tak payah beli  le seat tu nanti memang dapat sederet pon sefamili.

Seeloknya beli penerbangan awal pagi . Tgh malam gitu. So sampai Perth awal pagi subuh. Macam aku booked pagi kul brp tah asalnya tetiba reschedule jadi 9.45pg.  So kul 3 ptg kami sampai. Nak abis waktu soping dah.
Tapi sekarang bermula Oktober atau November 2017 , penerbangan ke Perth ada 1 je sehari jam 12.05 pagi dan balik dari Perth hanya 6.40 pagi.


Visa

Ada dua cara untuk mohon visa. Secara online pada website immigration Australia dan dikenakan bayaran Aud 20 atau melalui ejen adalah lebih murah berganda cuma rm15-20 sahaja. Pilih le sukahati yang mana. Aku buat dgn ejen rm15 je sebab aku customer sewa kereta dengan Aries car rental. Ejen akan apply dulu ...bila dah lulus semua baru bayar dengan dia. Kelulusan visa tu dah link dgn immigresen kita...valid setahun yer..

tapi lately ni ramai orang bermasalah dengan permohonan visa. Ni disebabkan ramai yang pergi tak kembali (dorang keje sana pakai visa pelancong). Jadi immi aussie takut kita ni buat macam tu. Ada yang ditolak permohonan tanpa sebab kukuh...aku dan ayie aritu lulus...asben dgn hisham dan hafiy pending beberapa jam. Alhamdulillah lulus. Dany pon tetiba dapat pergi ikut kami buatkan visa dia seorang je pon takde masalah...

Tapi aku baca ada yang telah dapat kelulusan sekeluarga 9 org...lagi 5 hari nak pergi tetiba dibatalkan...aduhhhhh....macam tu plak...jenuh tunjukkan bukti penjawat awam..kelulusan ke luar negara..statement bank....tetap ditolak..aku tatau reasonnya...jadi selagi tak jejak Aussie wpun dah lulus visa masih hati tak boleh senang gembira okay.




Penginapan

Ada banyak hotel,apartment dan home stay yang boleh di tempah. Aku dah tempah homestay dkt kawasan yg happening tgh bandar . Tapi mcm bermasalah je pengurusan dia. Jadi adalah selamat untuk book melalui agoda atau booking.com. Aku book City Stay Apartment sebab berdepan je dgn tempat shopping ala2 JPO..Watertown. Sepelaung je . Bus stop Yellow Cat (bas free dalam bandar) pun dekat sangat . Pekerja dia pon ada org kita. Senang nak berurusan. Private parking ada disediakan tapi kene byr $10 utk satu malam. Kalau siang mmg pagi2 dah keluar malam baru balik boleh je parking kat tepi jalan sebab malam xperlu bayar.

Apartment 2 bilik lengkap ruang tamu , ruang makan, dapur dilengkapi microwave, dapur letrik, toaster,cerek letrik, rice cooker . Ada periuk,pan,pinggan mangkuk semua. Ada mesin basuh dan dryer. Aircond juga heater dan kipas.


Makanan

Yang ini penting . Segala barang/bahan makanan yang dibawa perlu diisytiharkan  dalam borang arrival card.

Buat list segala makanan dan ubatan yang dibawa....letak setempat. Senang satu beg tu khas makanan sahaja. Nanti senang bila officer dia suruh bukak.

Ubat juga senang list kan nama ubat dan kegunaan.

Letak dalam plastik transparent dengan list nama ubat.

Ini contoh list makanan yang aku buat.


Food declaration list

FOOD NAME
CATEGORY
QUANTITY
1. 
MAGGI
Dried noodles
1x pack-of-6
2. 
Mi Sedaap
Instant Fried noodles
1 x pack of 5
3. 
Sambal garing Che Nor (Spicy fried Anchovies)
Ready to eat
1 bottle
4. 
Serunding Daging (Meat Floss)
 Ready To Eat
1 bottle
5. 
Munchy’s Croissant
Pastry
5
6. 
Brahim’s Fried Rice Kampung Style
Ready-to-eat rice
5 boxes
7. 
Brahim’s Salted Fish Fried Rice
Ready-to-eat rice
1 boxes
8. 
SERI AJI Chicken Flavored Fried Rice Seasoning
Fried rice seasoning
2 packet
9. 
Brahim’s Spicy Tomato Sauce
Sauteed Tomato Sauce
1 pack
10. 
Ayam Brand Chilli Tuna
Tuna Spread
2 can
11. 
Adabi Spicy Cockles
Ready to eat
3 can
12. 
Tiger Milk Flavoured Biscuit
Biscuit
1 pack
13. 
Spicy Anchovies
Ready to eat
1 can
14. 
Ayam Brand Fried Mackerel In Chilli Sauce
Sauteed mackerel
3 can
15. 
SERI AJI perencah rempah gorengan serbaguna
Multipurpose Seasoning
1packet
16. 
Adabi Thai tomyam paste
Paste
1 bottle
17. 
Adela Margarine
Bread spread

18. 
Gardenia  white sandwich bread
Bread
2 loaf
19. 
Maggi Perencah Nasi Goreng
Kampung style Fried rice seasoning
1 packet


Pengangkutan

Boleh pilih samaada nak sewa kereta atau naik pengangkutan awam.
Aku guna dua2 sekali.
Sebab aku bercuti dan sampai Perth jumaat...petang kul 3 aku dah boleh pakai family rider pass utk aku sefamili.
Dari airport kita boleh sewa kereta atau dah deal ngan company car rental utk pickup kat airport. Byk je kat terminal 1 tu company kereta sewa. Boleh naik teksi juga ke bandar.  Bas Transperth 380 ada utk kita pergi ke bandar. Tiket $4.70 seorang . Tiket tu boleh guna selama 2 jam.Tiket ni ikut zone...sebab dari zone lain tiket $ 4.70.  Jarak ke bandar dalam 1 jam naik bas...kalau kereta setengah jam ajer. 

Jika hari minggu jika kita sekeluarga ada 2 parents dan up to 5 anak boleh beli family rider pass cuma byr $12.60. Berbaloi.boleh pakai seharian tak kisah waktu. Masa naik bas, cakap kat driver nak beli pass. Dia print tiket untuk semua orang. Simpan tiket tu elok-elok sebab nanti nak guna lagi . 

Kalau naik bas sila sediakan duit kecil. Sebab company bus tak sediakan duit tukaran yang banyak atas faktor keselamatan.

Dah bayar jangan lupa ambik resit yang telah dicetak. Simpan untuk pemeriksaan jika ada. Resit tu sah dalam tempoh 2 jam. Kalau family rider sah sepanjang hari. Boleh naik bas banyak kali. Setiap sorang satu tiket.



Entrance fees


Selalunya lebih untung kalau kita beli tiket online sebab ada diskaun. Jadi untuk percutian ni bagi tiket masuk ke Caversham wildlife park aku beli voucher dari company sewa kereta...jadi dapat tiket murah sikit.

Untuk tiket Mandurah Cruises pula aku beli online dan dapatkan voucher code dari Hello Perth. Tiket $30 untuk dewasa jadi $22 sahaja.



Pasaraya

Dekat Perth ni kedai tutup cepat terutama hari minggu . Pukul 5 pm dah tutup. Tapi kita kene rajin tgk waktu berniaga kedai2 tersebut. Jumaat selalunya tutup lambat. Ahad bukak lambat kul 11 pagi tapi tutup cepat.

Kalau duduk kat area Murray street ada pasaraya Coles dan Woolworths.

Woolworths di Murray Street


Friday8AM–9PM
Saturday8AM–5PM
Sunday11AM–5PM
Monday8AM–9PM
Tuesday8AM–9PM
Wednesday8AM–9PM
Thursday8AM–9PM

Coles di Murray Street


Friday8AM–9PM
Saturday8AM–9PM
Sunday11AM–5PM
Monday8AM–9PM
Tuesday8AM–9PM
Wednesday8AM–9PM
Thursday8AM–9PM   


Ada jugak pasaraya yang buka 24 jam

Spudshed

37 Ellen Stirling Blvd, Innaloo WA 6018, Australia

Ada jual ayam halal disitu. Entry akan datang aku tunjukkan.

--------------------------------------------------------------------------------------------

Tips dibawah ni aku dapat dari post di fb group Tips Cuti-Cuti Perth


Jika berlaku kehilangan pasport atau dicuri, boleh ikuti tip di bawah.



1. Buat laporan di balai polis berhampiran. Jika di bandar Perth, balai polis berdekatan terletak di 2 Fitzerald St, Northbridge WA 6003, Australia. Nombor telefon +61894227111.

2. Hubungi pihak konsulat atau kedutaan. Konsulat Malaysia di Perth beralamat di 252 Adelaide Terrace, Perth WA, 6000 Australia. Nombor telefon +61892257055 (waktu pejabat) dan +61469780521 (di luar waktu pejabat).

3. Buat permohonan Sijil Pasport Sementara. Sijil ini hanya sah untuk pulang ke Malaysia. Apabila tiba di Malaysia, perlu mohon pasport yang baru.

4. Dokumen yang diperlukan ketika buat permohonan:-

a) Salinan laporan polis;
 b) Bukti sebagai rakyat Malaysia;
 c) Foto berukuran pasport;
 d) Borang permohonan (akan diberi di pejabat konsulat.)

5. Pihak konsulat tidak dapat membantu sekiranya berlaku kehilangan barangan lain termasuk wang perbelanjaan.

6. Seeloknya simpan salinan pasport dan kad pengenalan di dalam email sendiri. Ini akan digunakan sebagai bukti kerakyatan negara Malaysia.

7. Jangan simpan wang, kad bank dan kad kredit setempat. Aktifkan kad bank bagi pengeluaran wang di luar negara sebelum tiba di Perth.

8. Beli travel insuran.



* kalau ada tambahan tips akan aku masuk kemudian.



Tips keselamatan 

Ini penting jangan pandang remeh. Sebab banyak kali dah berlaku di Perth.

Tips ini aku share dari Fb group Tips Cuti-cuti Perth. Memang sangat bagus tips ini.


1. FAKTOR KESELAMATAN DI JALAN RAYA.


Bagi saudara yang menyewa kereta, pastikan mengikut had laju yang dibenarkan.

Jika keadaan jalanraya licin, perlahankan sedikit kelajuan kereta di jalan yang lurus.

Di sesetengah kawasan, bergantung pada musim apa saudara tiba di sini, di waktu awal pagi dan malam, kabus tebal akan kelihatan.

Berhati-hati ketika melewati kawasan berkabus kerana jarak pandangan agak terhad.

Ada juga binatang liar melintas dan juga yang tiba-tiba meluru ke arah kenderaan.

Di waktu musim panas, kadangkala terdapat kebakaran hutan. Asap tebal menyelimuti jalanraya. Awasi jarak kenderaan di hadapan. Jika perlu, berhenti sebentar.

Selalunya ada pegawai penguatkuasa yang bertugas. Mohon ikut arahan mereka.

Di lampu isyarat pula, jika lampu hijau menyala untuk membelok ke arah kanan, saudara pasti akan membelok bukan?

Ada kalanya, lampu isyarat itu tidak bernyala tetapi saudara masih boleh membelok ke kanan asalkan saudara beri laluan dahulu pada kereta dari arah bertentangan. Ini kerana kereta dari arah bertentangan lampu isyaratnya adalah hijau.

Situasi ini selalunya berlaku di kawasan bandar dan bahagian pinggir bandar.



2. FAKTOR KECURIAN.

Jika saudara tiba di awal pagi, mungkin saudara sudah merancang untuk berjalan-jalan dahulu sebelum daftar masuk hotel, hostel atau homestay.

Dinasihatkan supaya simpan beg-beg pakaian yang dibawa di tempat simpanan beg samaada di lapangan terbang, stesyen keretapi atau di tempat penginapan.

Selalunya hotel atau apartment membenarkan beg-beg diletak di situ sebelum waktu daftar masuk.

Jangan tinggalkan sebarang beg walau beg menyimpan botol susu bayi di dalam kereta.

Sudah banyak kejadian rompakan yang dialami oleh beberapa ahli grup ini.

Tingkap kereta dipecah dan segala barangan habis di curi.

Antara tempat yang 'panas' adalah Kings Park, Blue Boat Shed, Elizabeth Quay, Caversham Wildlife Park, South Perth Foreshore, Kontena Pelangi dan Margaret River Chocolate Factory.

Jika pergi ke Albany atau mana-mana tempat pelancongan, mohon ambil tindakan yang sama.

Tidak kira samaada waktu pagi, petang atau malam, jangan sesekali tinggalkan beg di dalam kenderaan.



3. FAKTOR KESELAMATAN DI LOKASI YANG DIKUNJUNGI.

Ketika saudara melawat lokasi tersebut, pasti teruja mahu merakam foto yang terbaik.

Dinasihatkan agar ikuti segala arahan yang diberi oleh pihak pengurusan.

Hormati setiap lokasi terutama batu- batuan di Pinnacles.

Jangan dipanjat batu tersebut hanya semata-mata mahu mendapatkan sisi rakaman foto yang menarik.

Adakalanya binatang bisa tinggal di dalam lubang-lubang batu itu.

Paling ditakuti saudara mungkin terjatuh lalu cedera.

Jika di lokasi Lancelin Sand Dunes, pastikan tahap kelajuan angin dahulu.

Jika angin bertiup kencang, mohon anak-anak kecil tidak dibenarkan bermain di situ.

Ini untuk mengelakkan pasir halus masuk ke dalam mata anak-anak.



4. FAKTOR KEMALANGAN

Pastikan saudara dapat rehat yang cukup sebelum memandu jauh.

Ini untuk mengelakkan pemandu dari terlelap ketika memandu.

Sudah berlaku kemalangan berpunca dari pemandu yang terlelap ketika memandu.

Walaupun belum melibatkan kehilangan nyawa tetapi meninggalkan kesan trauma yang dahsyat!

Mangsa menjadi trauma hingga hilang kemampuan untuk berkata-kata apatah lagi untuk menulis laporan kemalangan.

Kenderaan yang terlibat dalam kemalangan, ada yang tidak boleh diperbaiki lagi.

Hargai nyawa saudara dan orang yang tersayang.










   

You Might Also Like

18 comments

  1. bestnya sudah sampai disana...hihihi

    ReplyDelete
  2. Wow, menarik! One fine day nak bawa family juga ke sana dan kalau diizinkan nak travel 1 dunia. Thanks for sharing:)

    ReplyDelete
  3. assalam cik diana....seronok ke bercuti di perth,kalau dah pergi sekali,ada keinginan pergi lagi tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok..bulan depan saya repeat pergi ke Perth.

      Delete
  4. Hai Diana.
    Salam kenal. Seronok nya dah sampai Perth.
    Saya pula baru nak baca² blog. inshaaAllah ada rezeki teringin nak p jugak ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam perkenalan...Insya Allah ada rezeki nanti

      Delete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Sy kesana bln 9 ni... Bg tips pakaian yg perlu dibawa untuk musim bln 9 nn5

    ReplyDelete
  7. Senang cari makanan halal di situ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senanh...banyak je makanan halal mcm.kebab.
      Restoran melayu pon ada fi bandar. Boleh baca entry saya makan lamb rib di perth

      Delete
  8. Kalau bulan 11 musim apa kat Perth.. Baju bagaimana yg sesuai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bulan 11 hujung spring..nak dekat summer..bawak sweater malam2 swlalunya sejuk. Suhu dalam 25c..
      Malam turun ke 15c gitu

      Delete
  9. Wow. Terima kasih sebab share detail ni. Very informative details ����

    ReplyDelete
  10. Salam cik diana, terbaik! post details ni utk pelancongan ke Perth. Nak tumpang tanya la, total perbelanjaan ke Perth ialah bape yer? Makanan halal tak susah nak cari kan?

    ReplyDelete
  11. Tips yang sangat berguna terutama yang bawa family pergi travel. Untuk travel ke Australia ni memang seeloknya kena apply visa awal-awal. Kalau boleh sebelum beli flight ticket, bila dah lepas visa, baru senang hati untuk booking flight. Anyways, thank you for sharing these useful tips!

    ReplyDelete
  12. best kann Perth.. 😎😎😎

    ReplyDelete

Featured post

Percutian Family ke Perth 2017 - Hari kedua (Fremantle, Perth City, Bell Tower)

26 Ogos 2017 - Sabtu Hari kedua bangun bersemangat nak berjalan. Siapkan sarapan dulu. Buat nasi goreng sardin. Bawak bekal roti...



Like us on Facebook