Percutian Family ke Perth 2017 - Hari keempat (Caversham Wildlife Park, The Pinnacles, Lancelin Sand Dune)

September 21, 2017




28 Ogos 2017 - Isnin


Hari ni plan nak berjalan jauh jadi kene sewa kereta.


Aku uruskan sewa kereta semua sebelum bercuti. Sebelum raya lagi. Masa tu masih 8 org ahli rombongan. Aku dah deal utk sewa Hyundai Starex .

Bila ahli rombongan bertambah sorang dah kene tukar ke 12 seaters. Dia bagi Renault Master Bus besar gabak....aduiii....driver tak konpiden nak bawak.

2 hari lepas tu aku tukar kata nak dua kereta sedan. Senang sikit. Barang pon banyak ...lebih selamat pakai kereta. Masa ni dah mcm staff tu mula malas nak layan...lambat reply ...dah dekat pon masih tak confirm kereta sedan tu...dia takmo reply wa ..rupanya dia tak dapat lagi 2 jereta yang aku nak sewa ...grrrr....akhirnya dapat kereta hatchback...huh...dah nyaris-nyaris aku nak emel kat bos dia.




Pejabat kereta sewa bukak 8pg...jadi kami keluar rumah 7.30 pagi naik bas Yellow. Stop di Wellington St Wellington Square Yellow Cat 29.

Stop situ lintas jalan dan jalan lurus sampai ke hujung simpang...jumpalah
 Ini lah master bus yang patut kami sewa...susah lah nak parking gedabak gini...nanti gi Pinnacles takleh drive dekat2 dengan batu-batu tu.


Semalam dah ada dpt panggilan dr company sewa kereta ingatkan esok ambil di bandar...sampai2 tak jumpa plak dia borang sewa aku..dah habis urusan sewa...dah check body kereta mana2 ada calar....kami pon bergerak ke Caversham Wildlife Park semua tak sabar nak tgk kangaroo.






Perjalanan 30 minit.

Sampai parking masih kosong lagi. 




Tiket aku dah beli siap2 dah dapat murah sikit . 



Kat luar tu ada tulis waktu-waktu jumpa wombat, koala semua..





Masuk dalam singgah tandas dulu ..







.kmd terus menuju ke tempat kangaroo...semua pakat baring ..wat dek kat kami..cuaca memang panas terik...matahari memancar....tapi sejuk tetap sejuk. 



Tengok tu semua pakat terlentang..


Yang sekor ni lagilah kemain tidur beralas pipi kehkehkeh



Busuk jangan cakap ler...taik berterabur...habis kasut melekat. tengah bergambar tetiba ada bunyi ketukan..terus laju semua bangun meloncat lari ke satu arah...terpinga-pinga kami semua hahahahah

....Video ni semua dah pakat berdiri tegak lepas dgr ketukan tu..bila nak bergambar semua lari 






Dasar penakut kan heheheheh..tertonggeng tonggeng nak bergambar ngan kangaroo. 



Jadilah family photo dgn kangaroo tengah pengsan heheheh


nak gaduh ngan kangaroo ker bang??

Ada gak kangaroo yang terkurung dalam kandang


Punyalah susah nak ajak selfie







Llama





Dah dekat jam 10 pagi ada Farm Show...so kami dah terlambat...tak dapat tempat duduk. tapi dapat ler tgk....semua melayu je majoriti yg penuhkan show tu. Cuti sekolah kan.






Dapat lah tgk pakcik ni buat show....potong bulu biri-biri...
Baru terperasan habis kasut melekat taik kangaroo huhuh




bebudak bagi susu kat anak kambing cute giler.


Hahahha cute giler
Habis show kami bergerak ke Meet Wombat and friends.


Pukul 11am bukak jadi beratur le dulu...laki bini mat saleh depan aku ni badan sasa...asyik marah suruh org beratur...mmg bengong pon yg tak beratur tu. Bila segroup warga tua dr China dtg lagi ler ..dia peduli hapa..

Dah pukul 11,bila pintu bukak meluru yg tak beratur tu masuk...bising le minah saleh tu..laki dia siap tolak kuat baju perempuan melayu yang tak reti beratur.


Laju-laju masuk barisan jumpa wombat dulu. Bebudak lain tah mana...ada hafiy je...bergambar tak cukup anak. 



Senyap je si wombat ni.


Lepas tu bergambar plak dgn rakan-rakan wombat yang lain...ada burung kakak tua, burung hantu, ular, bettongs dll,





Dapat gak jumpa burung hantu kesukaan ku







Biru lidah dia








Keluar dari situ kami pergi jumpa Koala yang comel


Beratur panjang jugak nak bergambar dgn koala...sabar menanti..sambil tu snap dulu gambar koala yang ada dalam cermin kaca.
Semua senyap je .





Comel kan









Mana boleh tak join bergambar ngan koala gergasi




Selalu koala memang duduk setempat jer kan..tidur...tetiba ada sekor ni Ya Ampun comel giler...berlari tak henti..dari hujung ke hujung...terkedek-kedek dia ulang berlari...cute giler..






Lepas tengok koala kami jalan-jalan je tengok haiwan dalam kurungan



Tu dia gang gang cockatoo hehehe








Tah mana menyorok si Tasmanian Devil








Okay dah selesai kat sini kami nak pergi ke The Pinnacles pulak..jarak dia jauh jugak...2 jam 30 minit perjalanan.

Sampai kat stesen minyak kami beli air , coklat dan makan bekalan nasi goreng.

Jauh jugak dengan had laju yang perlu dipatuhi tak lebih 100km/j.

Mengantuk lagi...panas terik...banyak gak serangga langgar cermin kereta...sekali huwaaaaa batu melantun. Crack sikit cermin huhuhu habislah duit soping ku. 

Malas nak pikir...baru mula sewa kereta dah jadi gini. 
Dalam perjalanan tu boleh nampak setimbun pasir putih...ada gak hijau...tak pasti kenapa



Kami sampai The Pinnacles hampir jam 3.30 petang.
Bayar $12 untuk setiap kereta untuk masuk ke situ.

 Disini kita akan dapat melihat pillar batu kapur  purba yang mana ada yang dah berusia 3.6 billion tahun. The Pinnacles sudah terbentuk sejak jutaan tahun yang lalu di zaman ketika pasirnya masih berada di bawah laut.

Batu kapur ni terhakis dek angin.








Sangat unik tempat ini...kita boleh menaiki kereta sehingga sampai pada batu...jangan langgar plak atau runtuhkan piller tersebut. Bergambar pon janganlah sehingga memanjat.




















Memang kagum sangat dengan tempat ni...memang tak sesia datang.


Masa nak keluar dari national park ni ada kangaroo liar kuar dari semak .


Sebab tu kena hati-hati semasa memandu disini...tetiba je muncul haiwan2 diatas ni. Memang ramai orang terlanggar kangaroo..Sebab itu dinasihatkan balik sebelum hari gelap.

Walaupon matahari masih memancar kejap je nanti dah gelap. Selalunya orang akan pergi ke The pinnacles dulu baru singgah Lancelin Sand dune untuk main sand boarding..baru puas...tapi perjalanan ke Lancelin 1 jam lebih. Memang tak sempat dah nak main. Seeloknya main 2 jam. Tapi masa tu dah dekat 4 lebih...ingatkan taknak singgah tapi minyak kereta dah nak habis...sepanjang perjalanan memang susah nak jumpa stesen minyak...so kami singgah lancelin.

Masa isi minyak hari pon beransur nak gelap. Kami terus ke Lancelin Sand Dune. Kat situ ada kontena yang menyewakan board tapi time tu dah nak tutup. Tapi ada ler ramai gak orang sesaja panjat bukit pasir tu .






Memang cantik kat atas tu boleh nampak permandangan luas...laut....dapat tgk matahari terbenam,










Fefeling gerua jap hahahah

Sampai gelap jugak ler kami kat situ...habis pasir melekat.

Dah gelap walhal baru 6 petang...ada lagi orang datang nak panjat atas tu.

Kami bergerak balik dan bercadang singgah pasaraya 24 jam di Innaloo.

Kami singgah Spudshed untuk beli barangan dapur.


Bila dh jam 9 malam entrance yg ini tutup ..akan masuk ikut pintu kecik


Beli pisang...beli kat kedai convenience stor atau kat apartment seketul je dah $1.50




Ini lah susu coklat yang tersedap sekali


Ini halal yer... brand steggles






 Aku beli chicken nugget sahaja...sebab dah nak balik 




Hahahhaha...nilah orang yang badan bentuk pear..

selesai beli barang kami balik ...apartment ni ada sediakan parking tapi kene byr semalam $10.

Kami balik masak nasi makan...aku basuh baju mujur ada pengering tapi pengering tu mengong sikit panas baju tapi kejap je sejuk balik ...berjam2 kering kan










    

You Might Also Like

0 comments

Featured post

Percutian Family ke Perth 2017 - Hari kedua (Fremantle, Perth City, Bell Tower)

26 Ogos 2017 - Sabtu Hari kedua bangun bersemangat nak berjalan. Siapkan sarapan dulu. Buat nasi goreng sardin. Bawak bekal roti...

Like us on Facebook