Percutian Family ke Perth 2017 - Hari keenam (Watertown , Perth International Airport)

October 03, 2017





30 Ogos 2017

Huhuhuh sedih ler nak balik dah ..tak puas lagi menjelajah Perth.

Malam tadi dah kemas semua. Tah camana nak sumbat dalam kereta kecik tu.
Pagi ni habiskan segala stok makanan yang ada ...mee sedap goreng krispy tu aku masak habis. buat bekal makan lunch nanti. 

Roti pon bawak bekal. Dah siap-siap kami bawak semua beg turun...check out di Australia dan New Zealand memang jam 10 pagi. Kami settled kan check out ...separuh beg letak kat luggage room kat lobby. Yang besar letak kat bonet kereta...kami nak jalan2 watertown buat kali terakhir. 




Balik sama-sama melaram jacket Cotton On.




Dah round-round tu ada jelah tersangkut beli...masuk kedai kasut jumpa boot...Bakyah beli.. 




jalan-jalan lagi...masuk Just Jeans...sekali jumpa jaket lagi....hohohoho....corak leopard plak...yang labuh tinggal satu je mmg size Bakyah...aku ambik yang pendek....beli 2 dpt free 1 lagi...harga $29 ..harus lah kongsi kan...jual kat anak sedara.













Dah 11 lebih..kami siap2 gerak balik ke apartment jenuh nak menyumbat bag..ada yang kene riba beg...nak makan dlm kereta pon tak dapat..Perjalanan ke airport dalam 1/2 jam sahaja..tapi gps dah mula mengong..asyik recalculating...berpusing2 ...mujur ada signboard nak ke airport...
 Sampai terminal 1..turunkan dulu barang2 ..nak pakai troli plak kene bayar..$4 ..mahal. 
Suruh dorang duduk setempat dulu sementara kami pi hantar kereta kat Kewdale branch...gps kan dah mengong...aku dah panik ...rasa nak nangis dah ni. takut terlambat...claim tax pon belum. makan pon belum...makanan banyak takkan nak buang.








































Sampai kat tempat return kereta..nak check lagi...dengan cermin kene batu tu lagi...mujur airport kecik. Lepas dah pulangkan kereta staff kereta sewa hantarkan ke airport. 

Sampai tu terus gi tempat untuk cek resit beli...sampai situ dah staff tu takmo chop kene bawak barang2 yang dibeli...aku bagitau kakak aku tadi tak pyh pon...aku patah balik pi ler ambik satu beg heret ke pejabat...dah staff lain ..yg gemuk tu takde...elok je tak byk soal chop resit...sambil beratur nak check in bag..kami makan bergilir-gilir. 





Hah..tengok beg canvas tu letak lampu dalam tu




dah selesai drop bag...naik ke atas terus masuk ke security check...sebelum tu akan jumpa pejabat untuk claim tax....isi borang dengan nilai yang nak di claim...juga isi no kad kredit untuk dimasukkan duit tax nanti. Lepas tu beratur kat kaunter...hulurkan borang bersama resit. Kalau ada barang yang mahal bawak je untuk tunjuk. Selesai ..dia akan hulur resit bersama nilai yang akan kita dapat nanti. 

Refund Tax atau TRS (Tourist Refund Scheme)

Jika kita beli barang dari satu kedai yang sama no tax nya  melebihi AUD 300 ( satu resit atau boleh kumpulkan resit kongsi dengan kawan). Cara nak refund bawa resit-resit ke kaunter TRS sebelah kaunter sewa kereta sebelum kita check in bag. Bawak sekali barang-barang yang kita beli yang kita nak claim tax tu. Kadang officer tu main chop je...ada officer tu kemain suruh kita tunjuk barang kata dia belakang dia ada kamera...jadi dia takleh chop resit tu kalau tak tunjuk barang.

Lepas dah drop bag....naik atas dan pergi kaunter TRS untuk uruskan claim ...isi borang dulu. Kalau kaunter tu dah tutup kita boleh isi borang kemudian masukkan borang dan resit dalam samput surat dah drop dalam kotak dia. Kalau line panjang dan kita dah lewat sebab nanti lama kat security check boleh je buat begitu. Kalau ada masalah dengan tuntutan kita tu dia akan hantar semula resit-resit itu ke alamat rumah kita.

Dalam borang itu isikan no kad kredit yang ingin kita masukkan claim tu boleh buat byr kad kredit. Kat kaunter tunjukkan passport, kad kredit, resit-resit.


Lepas tu baru pergi ke security check...berulang kali kut beg aku kene masuk mesin scan...tah apa yg dia tak dapat cari..mujur seluar aku dan boot tinggi aku tu sama hitam...jadi tak kene bukak. 

selesai terus tuju ke boarding gate. mujur dekat aja...tak sempat nak menghabiskan duit sisa2 syilling. 

Dah masuk perut kapalterbang...tunggu je makanan dihidangkan ..lapar.

Flight jam 4.40 ptg. Kami sampai 9 lebih... Tu flight kami 






Bye Perth....jumpa lagi tahun depan heheheeh


Sampai terus naik ERL ke putrajaya..tengah malam gak sampai umah.






Apa souvenirs dan barang-barang angkut balik dari Perth?



Perfume dari Chemist Warehouse...bukan aku punya semua...aku beli 3 botol je. yang lain kiriman kawan. 



Ini t-shirt dan sweater yang aku beli...yg asben beli tak snap gambar.







antara barang-barang yang dibeli di K-mart



Ni souvenirs yang hafiy beli untuk kawan-kawan...amboiiii
Berkenan plak mama tengok ...mama tak beli tu





Ini souvenirs abang ngah beli.



Ini koleksi beg aku beli. Untuk sendiri dan kakak dan kawan-kawan.


Comel kan pencil case ni. 


Ini koleksi beg yang dibeli jiran sebelah pakar soping souvenirs hahahahah...beg dia semua dalam beg troli tu .



**** Tahun 2018 pun aku ada ke Perth lagi utk 3d2n ...memang percutian singkat.
Jika uolls nak bertanya atau nak itinerari boleh je emel danial_dy@yahoo.com







     Percutian Family ke Perth  2017 - Hari keenam

Persiapan dan tips bercuti di Perth

You Might Also Like

10 comments

  1. Sis mana sis beli yg bawah sekali tu cantik x sabar nak p ni end of april 18 ..suka baca blog ni mmg paling best

    ReplyDelete
  2. sis perfume boleh clain TRS ke?

    ReplyDelete
  3. sis perfume boleh claim TRS ke sebab nak beli untuk member juga

    ReplyDelete
  4. sis....brapa kena byr utk cermin keta yg pecah tu?

    ReplyDelete
  5. Assalamu'alaikum sis.. seronok baca your blog especially bab travel.. detailed & byk info yg berguna sbb tengah plan nak pi perth gak ngan family. Gambar pun x lokek i loike!

    Nak tanya kalau ada budak or baby mmg wajib kena sewa baby seat & booster ya? Xleh la riba2 ek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq kerana sudi baca blog saya..mmg kalau bawah 6 ke 7 thn mesti sewa car seat/booster. Dorang ni perhati je kita ..nampak buat salah xikut rules ada je yg buat aduan. Anak menangis dalam jereta tetiba polis datang ketuk kereta tanya. Jadi baik ikut rules.. selamat bercuti..kalau ada apa2 nak tny boleh je contact saya. Tq sis ..

      Delete
  6. seronok membaca blog sis sangat2 detail...terbaikk sedikit sebanyak membantu..semoga sis terus diberikan kesihatan dan menulis blog bercuti lagi...

    ReplyDelete

Featured post

Percutian Family ke Perth 2017 - Hari kedua (Fremantle, Perth City, Bell Tower)

26 Ogos 2017 - Sabtu Hari kedua bangun bersemangat nak berjalan. Siapkan sarapan dulu. Buat nasi goreng sardin. Bawak bekal roti...



Like us on Facebook