Air Asia : Kenapa asyik terlebih bayar nih?

November 03, 2017

Okay ..kita lupakan kisah-kisah yang menyakitkan hati.
Kita baca plak berita-berita gembira emm...




Aritu aku ada citer pasal booking bertindih untuk trip tahun depan. Aku dah terbayar 2 kali kat AA . Bila call AA dah isi e form ..dia reply pertama kali kata permohonan refund ditolak . Dekat 10 kali kan aku call untuk selesaikan masalah. Nak tau bil telefon berapa ..rm 143.

Aku dah pun dapat refund untuk kedua-dua kes...kes pertama redundant booking dan jugak kes kedua  refund untuk terlebih bayar katanya dalam rm 186 ...hahahha duit refund rm 186 terlebih bayar tu buat cover bil telefon jelah.

Untuk trip 2018, tetiba AA reschedule penerbangan balik. 

Bila AA yang tukar ...so kita akan diberi pilihan samada nak tukar date penerbangan  atau cancelkan dan dapat refund.

Aku pilih tukar date..seronoknya sebab kita boleh pilih tarikh yang lain yang sebelum ni tak dapat sebab harga tinggi heheheh...jadi aku pilih time cuti sekolah. 

Aku pun tengok-tengok le booking summary nak tengok kenapa aritu untuk booking ni aku dapat refund katanya terlebih bayar. Rasa betul dah .

Aku tengok harga tiket tu berbeza.  Padahal aku dah pasti harga yang aku dapat memang betul. 

Jadi tadi gatal-gatal ler jari klik kat Manage booking tu utk booking yang dah complete ...klik pada booking number yang aku pergi Perth Ogos hari tu.

Sekali ada tulisan merah kat atas tu bagitau aku ada negative balance . Ada siap bagi case number. Sila contact call centre untuk settlekan negative balance tu...aku tengok dalam Rm 1130. Ishhh..apa lak ni ..aku terlebih bayar apa lak kali ni. Dah le dah settled pi bercuti. 

Apa lagi call laju-laju call centre dia...dia cek memang ada loop amount..dia kata dia pon tak pasti apa dia. So isi form untuk enquiry.

Jum ler kita mencuba nasib kut-kut memang betul duit tu rezeki aku...maybe Pak Tony bagi hadiah sempena dia kawin suruh pi bercuti Pulau Jeju gamaknya. Hahahhaha.


Terus hati berbunga-bunga...berangan-angan dapat refund kahkahkah.


You Might Also Like

2 comments

  1. Wah kalau dpt duit Tu best juga kan. Salam kenal Dari mama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam perkenalan...tengah saspen tunggu ni

      Delete

Featured post

Percutian Family ke Perth 2017 - Hari kedua (Fremantle, Perth City, Bell Tower)

26 Ogos 2017 - Sabtu Hari kedua bangun bersemangat nak berjalan. Siapkan sarapan dulu. Buat nasi goreng sardin. Bawak bekal roti...



Like us on Facebook