Sakit Saraf Siatik

November 08, 2017


Dua tahun dulu aku pernah kene sakit saraf siatik. Apa saraf siatik tu?
Siatik adalah sakit yang disebabkan oleh saraf rosak atau tersepit. Saraf pinggul adalah saraf terpanjang yang ada di tubuh, dimulai dari pinggul dan bawah tulang belakang ke bahagian belakang kaki. Siatik adalah gejala dari penyakit saraf.


Memula kena tu rasa sakit dari atas punggung kanan membawa ke bawah kaki. kat tepi lutut sakit berdenyut...nak drive pun sakit. Pergi klinik ..doc bagi ubat sakit lutut dan tahan sakit. Aku bagitau sakit tu terasa dari bekas tebukan masa ambik air tulang belakang dulu. Doc terus bantah kata tak kene mengena.

Memang lama sakit..berdiri lama sakit..duduk lama sakit. Tak tahan aku pergi buat xray...jumpa doktor pakar...dia kata dari x ray tak boleh nampak...kene buat MRI. Hohoho takut plak aku nak buat MRI...Doc bagi 4 hari cuti kasi rehat dan pikir nak buat tak MRI. 

Mahal gak kos MRI ni ..sekali masa tu company asben cover plak utk buat MRi. Syukur Alhamdulillah. So aku pergi KPJ buat. Punyalah lama menunggu dalam bilik menunggu tah apa tak setel lagi. Sampai terlelap. Dekat sejam .



Macam ni lah contoh mesin MRI scan tu. Dalam 45 minit gak duduk dalam tu tak boleh bergerak langsung. Kalau phobia tempat sempit memang susah ler...Duduk dalam tu sampai terlelap ...dorang pasang radio. Kasi kita tak boring.

Rasa macam sekejap ..rasanya aku lelap.

Lepas jumpa doktor..doc kata cecair kat lutut aku memang dah haus. dia bagi aku ubat tahan sakit dan ubat saraf nama lyrica

Lepas makan ubat tu kesan dia kaki aku rasa panas...susah nak tidur ..tak selesa...bangun pergi siram kaki. Memang makin teruk je rasa..bawak kereta pon rasa mengantuk giler. Aku stop makan ubat tu. 

Aku jugak pergi fisioterapi 10 kali...tak baik-baik gak kaki aku. 

Macam-macam aku search kat internet. Urut pon okay...ada point-point di autk sakit saraf ni. So aku pergi jumpa tukang urut ni...masa tu dia baru berhenti keje ..dia ada masters in IT from UK lagi. 
Memang dia urut kat point2 yang aku baca kat internet tu.  Selepas rasa sakit lepas urutan tu hilang...sakit saraf pon sama hilang.
Memang tak sakit lagi berdiri atau duduk lama. So terus aku stop jumpa doc dan buat fisioterapi. 

Solution nya pergi berurut aja dengan yang pakar. Jangan pergi urut dengan orang yang tak pakar pasal saraf ni plak. 

Alhamdulillah sampai sekarang okay.



You Might Also Like

0 comments

Featured post

Percutian Family ke Perth 2017 - Hari kedua (Fremantle, Perth City, Bell Tower)

26 Ogos 2017 - Sabtu Hari kedua bangun bersemangat nak berjalan. Siapkan sarapan dulu. Buat nasi goreng sardin. Bawak bekal roti...

Like us on Facebook