TIPS NAIK KAPAL TERBANG UNTUK KELANCARAN DAN KESELESAAN

November 10, 2017

Okaylah dah hujung tahun ni ramai le yang dah plan cuti-cuti ke obersi kan..tak kiralah negara sebelah je ke atau yang jauh .
Ini ada tips yang aku nak kongsikan . Aku dapat dari FB Faiz Najmi. Memang bagus tips ni korang boleh baca.

TIPS NAIK KAPAL TERBANG YANG AKAN MELANCARKAN & MEYELESAKAN PENERBANGAN ANDA
1. Kalau naik kapal terbang tambang murah, beli sajalah bagasi tu!
2. Kalau naik kapal terbang tambang murah lebih 2 jam, beli sajalah makanan tu.
3. Kalau nak rasa diistimewakan dengan hidangan awal, sentiasa pilih special meal; samada makanan muslim, makanan kosher, makanan vegetarian, makanan seafood dan lain-lain.
4. Taknak beratur panjang masa check in di terminal, buat web check in dan terus pergi ke kaunter kelas bisnes. Kalau bernasib baik, dia boleh layan terus. Kalau tidak, mungkin dia akan tunjuk di mana kaunter ekspres.
5. Semasa beratur panjang untuk semakan di sekuriti, elakkan beratur di belakang penumpang banyak bagasi kabin seperti keluarga yg ada anak kecil, orang tua, atau penumpang berbadan besar. Beratur di belakang pengembara solo dan penumpang berbaju kemeja atau berkot kerana mereka ini lebih efisien dan lancar.
6. Di kaunter imigresen, pegang pasport, pegang tiket dan pegang borang imigresen jika ada - dan serahkan item-item ini kepada pegawai imigresen. Kosongkan tangan jangan pegang telefon atau apa-apa item. Tak perlu senyum, tak perlu sembang. Jawab apabila disoal, buka cermin mata dan topi apabila diarah, sediakan tangan untuk cap jari. Hafal alamat destinasi dan tarikh pulang.
7. Caj telefon dahulu, caj telefon dahulu, caj telefon dahulu!!! Jangan anggap semua penerbangan ada port USB.
8. Pergi tandas sebelum naik pesawat. Dalam pesawat nak bergerak ke tandas memang sempit, nak kena mintak orang sebelah bangun, bergegar, air di tandas pun lain semacam.
9. Masuk naik pesawat seawal yg boleh. Tak perlu berebut tempat letak beg di kabin.
10. Elakkan letak beg bawah kaki. Lunjurkan kaki biar selesa.
11. Nak tidur selesa, silangkan tangan (dilitupi oleh jaket atau selimut) dan silangkan kaki. Jarang dapat tidur selesa dengan melunjurkan kaki, walaupun ada 2-3 tempat duduk kosong bersebelahan.
12. Bila makanan sampai, mintak air mineral atau air kosong lebih.
13. Habis makan, terus letak sudu garfu pisau dalam plastik yg asal. Percayalah, hantu selalu tolak benda ni sampai jatuh.
14. Kalau penerbangan lewat, bagitahu anak kapal kau ada penerbangan sambungan (bagitahu flight apa dan pukul berapa), atau bagitahu kena naik tren dan bas sambugan yang tak dapat dielakkan. Kalau bernasib baik, kau dapat keutamaan keluar awal.
15. Bila keluar, terus hadap ke imigresen dan bagasi. Kalau nak pergi tandas atau nak main Wifi, semasa menunggu bagasi.
16. Sekiranya transit, keutamaan paling tinggi ialah cari pintu untuk penerbangan seterusnya. Sekiranya pintu belum muncul dalam skrin, tanya pegawai setiap 5 minit mana pintu. Orang jarang terkandas di transit sebab sekuriti, orang selalu terkandas kerana lewat menuju ke pintu.
17. Isytihar semuanya pada pegawai kastam. Senangkan kerja kau dan kerja dia.
18. Kalau ada masa di terminal ketibaan sebelum bertolak ke destinasi, beli air, beli kopi dan gosok gigi. Terutamanya selepas perjalanan panjang.
19. Jangan mengharap Uber di terminal ketibaan sangat. Kadang-kadang wifi tak berapa bagus (melainkan pakai data internet), kadang-kadang pemandu Uber pun takut dengan abanglong teksi-teksi ni.
20. Enjoy your journey and be graceful. Akan ada perkara yg tak seronok berlaku dalam perjalanan, tetapi ia adalah sebahagian daripada pengembaraan. Takda guna muka masam. Senyum saja. Orang lain pun tak rasa berat nak tolong kau.

Okay Happy Holiday ...

You Might Also Like

0 comments

Featured post

Percutian Family ke Perth 2017 - Hari kedua (Fremantle, Perth City, Bell Tower)

26 Ogos 2017 - Sabtu Hari kedua bangun bersemangat nak berjalan. Siapkan sarapan dulu. Buat nasi goreng sardin. Bawak bekal roti...

Like us on Facebook