Persiapan barang untuk masuk asrama

November 22, 2017

Okay lah kali ni nak share persiapan keperluan anak-anak nak masuk asrama terutama pelajar ipt. 



Asben kata aku over semua benda beli. Itu kalau anak perempuan tatau ler camana mama dia beli mesti ada tema warna hahahha.

Sebelum beli barang aku buat dulu senarai. Senarai pertama ini penting . Dokumen kena lengkap kang susah masa hari pendaftaran ada yang tak de salinan. Melambatkan masa je nanti.


Senarai Pertama (Dokumen)
1.Salinan kad pengenalan pelajar
2. Salinan slip SPM pelajar
3. Surat tawaran kemasukan ke university(1 salinan pelajar simpan sepanjang masa)
4. Semua jenis sijil yang dimiliki oleh pelajar
5. Slip penyata gaji ibu bapa
6. Salinan sijil tamat persekolahan pelajar
7. Dokumen-dokumen lain yang berkaitan dengan akademik dan ko-kurikulum
8. Laporan pemeriksaan kesihatan
9. Gambar passport (10 keping ke atas)
(pakai kemeja dan tali leher)
Utk pinjaman
1. Salinan ic
2. Salinan SPM
3. Salinan Surat tawaran
4. Salinan buku akaun bank
5. Slip gaji ibu


Senarai kedua (Pakaian)

1. Baju tshirt biasa (tidur, jalan)
2. Seluar jeans
3. Seluar slack
4. Baju kemeja lengan panjang
5. T-shirt berkolar lengan pendek
6. Kemeja lengan pendek
7. Baju kemeja putih  lengan panjang orientasi 2 helai
8. Seluar slack hitam orientasi 2 helai
9. Boxer
10. Singlet
11. Seluar trek bottom
12. Baju melayu dan sampin
13. Kasut sukan
14. Stokin
15. Tie
16. Songkok /kopiah
17. Kain pelekat
18. Seluar pendek
19. Tali pinggang
20. Selipar jalan
21. Selipar mandi


Senarai Ketiga (Barang mandian kelengkapan diri)

1. Deodorant
2. Pencuci muka
3. Shampoo
4. Sabun
5. Berus gigi
6. Ubat gigi
7. Bekas barangan mandi
8. Baldi besar
9. Baldi kecik
10. Gayung
11. Berus baju
12. Sabun cuci baju
13. Cermin kecik
14. Sikat
15. Minyak rambut
16. Hanger baju 
17. Sepit kain
18. Perfume
19. Nail Clipper
20. Towel 2 helai
21.  Shaver
22. Cotton bud
23. Bekas baju kotor


Senarai Keempat (Alat tulis)

1. Pen (sekurang-kurangnya 12 batang)
2. Pensel (sekurang-kurangnya 6 batang)
3. Pensel warna (jika mahu dan jika perlu)
4. Pen warna warni (penting untuk menulis nota)
5. Highlighter
6. Correction tape / liquid paper
7. Pemadam
8. Sharpener
9. Pembaris (secukupnya)
10. Stapler dan ink stapler
11. Pita pelekat
12. Gunting
13. Buku nota (secukupnya)
14. Kertas kosong (secukupnya)
15. Test pad
16. Marker pen
17. Set geometri (jika perlu)
18. Calculator *wajib!*
19. Puncher
20. Folder
21. Fail
22. Gam
23. Kamus



 Senarai Kelima (Barang keperluan)

1. Bagasi untuk menyimpan segala jenis pakaian
2. Backpack untuk pergi ke kuliah
3. Bag utk balik kampung
4. Handphone / tablet / gajet
5. Wallet
6. Kunci mangga yang kecil untuk kunci beg (penting untuk mengatasi kecurian)
7. Kunci Mangga almari
8. Power bank *jika perlu*
9. Pewangi bilik
10. Plastik sampah
11. Tong sampah kecil
12. Penyapu kecik
13. Penyodok sampah
14. Bulu ayam
15. Cadar untuk tilam/katil -2
16. Selimut
17. Karpet untuk keselesaan/tikar
18. Sejadah
19. Songkok
20. Cerek Elektrik
21. Seterika
22. Mug
23. Pinggan
24. Mangkuk
25. Sudu
26. Garfu
27. Tuala pengesat
28. Tisu kotak
29. Ubat-ubatan 
      30.Minyak angin / minyak urut / minyak yang berkaitan dengan kesihatan
31. Handi plast
32. Jaket sejuk / sweater
33. Al-Quran / Yaasiin
34. Bantal
35. Bantal kecik
36. Bekas makanan plastic
37. Bekas minuman plastic
38. Getah pengikat


 Haaaaa..pengsan tengok senarai. 


 Dah ler semua mama prepare...dia pon tatau apa mama beli. Hahaha..sampai asrama parents takleh masuk huhuhuhu. Bagi jer list atas tu semua tu ada mama sedia pandai-pandai ler cari. 

Dapat gak mama menyeludup masuk tapi sempat bentangkan cadar je. Berdebar takut kene tangkap hahahahah. Dah le si tukang pemerhati sekeliling asyik bagitau je mama pekerja tadi nak naik atas..mama kat sebelah sana ada orang...huhu..tak senang hati mama sampai tatau apa nak kemas...hahahha.


Okay dah kemas dah bilik dia.


You Might Also Like

12 comments

  1. Mak-mak kan harusla semua nak beli haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Qaseh...mak memang nak lengkap semuanya..bapak asyik cakap alaaa pandailah dia nanti beli

      Delete
    2. Sama la bapa kita😂😂

      Delete
  2. Great blog! I just found it today and can't stop reading your posts. Thanks you for sharing such a great blog with us. Expecting for your good luck.

    OneDayTop has recently posted for Travel : Ideal Place to Visit in November

    ReplyDelete
  3. Terima kasih sharing..anak bujang nie mmg tak tau nak prepare apa..maklumlah 1st time..semua si ibu kena tolong prepare��..list nie nanti saya foward kat dia..terima kasih ye..mmg ������

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama sama..senang ada list kmd bagi dia so dia pon tau apa barang mama dah sediakan

      Delete
  4. Thank you, sangat berguna untuk saya masuk ikm. Ibu saya tengok list ni, dia cakap settle semua. I love my mom

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikm mana tu. Cadar warna apa³ pun boleh ke. Satu bilik berapa org ye.

      Delete

Featured post

Percutian Family ke Perth 2017 - Hari kedua (Fremantle, Perth City, Bell Tower)

26 Ogos 2017 - Sabtu Hari kedua bangun bersemangat nak berjalan. Siapkan sarapan dulu. Buat nasi goreng sardin. Bawak bekal roti...



Like us on Facebook