Tips keselamatan diri dan beg di airport

January 19, 2018


Gambar sekadar hiasan


Rasanya dah banyak kes yang kita baca di akhbar berkenaan orang teraniaya apabila terlalu baik dan tidak berfikir panjang apabila seseorang yang dikenali atau tidak dikenali yang meminta kita memegang beg mereka atau menumpang untuk check in bersama beg kita. Kita tidak mengetahui apa yang ada dalam beg itu mungkin barang biasa atau mungkin barang terlarang. Jika barang terlarang dan kita ditangkap ..sia-sia saja hidup kita ...berakhir di penjara atau tali gantung.

Jadi haruslah kita ingat dan berjaga-jaga agar ia tidak terjadi pada diri kita atau keluarga.

Boleh baca tips di bawah ini untuk langkah berjaga-jaga.

Sumber dari Fb Mazlan Zonan

1. Jangan terima kiriman dari orang lain yang tak pasti hujung pangkalnya...apa lagi yang sudah siap di bungkus.. kalau barang2 baru yang di beli sebaiknya anda bungkus sendiri...supaya tidak ada benda-benda terlarang di bawa bersama melintasi border control..

2. Jangan combine bag dengan travel buddies yang baru kenal kat group2 travel.. biar la check in asing2 dan bayar lebih.. kita tak tau apa yang ade dalam bag kawan tu... kecuali travel buddies anda jenis boleh share spenda ngan anda ok la...😉

3. Jangan pernah biarkan begpack anda tidak berbalut/ tanpa raincover.. boleh membuatkan anda kehilangan nyawa... kerana ada sindiket yang akan menyelitkan barang2 terlarang di beg anda... kalau anda lepas beg anda akan di curi.. kalau anda xlepas anda mungkin akan ke dalam dan mungkin akan jadi banduan akhir...

4. Jangan berbaik hati offer anda punya space luggage untuk orang2 yang overweight luggage yang berada di depan or di sebelah anda... kalau nak tolong die beri duit lebih baik untuk keselamatan anda dari beri space luggage anda... even telebih 1 2kilo jgn la bagi depa checkin beg bawah nama anda... kalau 1 2kilo tu semua ganja tak pasal2 masuk bawah akta 39B = mati

5. Jangan pernah pegang barang orang lain semasa di airport... kalau ade orang mintak tolong suruh je dia letak dekat pondok polis,kaunter information atau mana la yang selamat untuk bag dia, yang penting bukan di tangan anda... walau yang mintak tolong tu maria ozawa sekali pon tolong la jangan pegang kan.

6. Kalau anda berada di surau dan kasut anda hilang, jangan pakai kasut yang di tinggalkan di surau tersebut, mungkin kasut itu dah di selitkan dadah dan cuba menjadikan anda keldai untuk melepasi border control.. kalau anda lepas akan ada orang yang pulangkan kasut anda dengan alasan tertukar semasa di surau...

7.jangan pernah tinggalkan beg anda tanpa pengawasan, bawak saja kemana anda pergi walau ke toilet sekali pon takut di masukkan benda2 terlarang oleh sindiket2 tertentu...

You Might Also Like

0 comments

Featured post

Percutian Family ke Perth 2017 - Hari kedua (Fremantle, Perth City, Bell Tower)

26 Ogos 2017 - Sabtu Hari kedua bangun bersemangat nak berjalan. Siapkan sarapan dulu. Buat nasi goreng sardin. Bawak bekal roti...



Like us on Facebook