Selera Pantai Timur
January 14, 2018
Keluarga aku berasal dari Negeri Sembilan ..jadi kalau nampak lauk masak lemak cili api memang aku suka sangat lah.
Tetapi masa kecik seusia 2 tahun aku membesar di Terengganu jadi dah biasa dengan masakan sana. Lebih-lebih lagi berjodohan pulak dengan orang Terengganu .
Bila member ajak try kedai kenalan dia yang baru bukak di Shah Alam...apalagi laju-laju setuju. Lebih-lebih bila dengar ada nasi lemak ikan aye.
Kat mana kedai nih?
Ikutkan kedudukan dia dekat dengan Shah Alam tapi alamat Subang Jaya.
RESTORAN EDDIEY MOKKU DAN KATERING
NO.43, Jalan Mutiara Subang 1, Taman Mutiara Subang, 47500 Subang Jaya, Selangor
Semalam tu berjanji untuk berjumpa kengkawan sepermainan dari kecik..kawan dari sekolah rendah. Ada yang setakat darjah enam...ada yang sampai belajar di Uitm.
Berjanji untuk brunch...dalam kul 11...kecewa plak nasi lemak dah habis.
Jadi aku makan nasi dagang.
Nasi dagang Terengganu macam ni yer, putih..yang Kelantan lain. Selera aku memang kene dengan Nasi dagang Terengganu sahaja...heheh
Tengok balik rasa lapar kembali huhuhu.
Ada macam-macam makanan nasi minyak , nasi kerabu, gulai daging, kerutub daging, lauk ikan singgang.
Cuma aku ni memang dari dulu elergik ikan rebus-rebus ni...memang tak boleh bau. Kalau mak masak,en hubby kene senduk lauk sendiri. Sebab aku macam orang alahan ngandung kalau bau-bau rebusan ikan ini...hahahahha
Gulai daging nasi minyak ganu...Ingat kenduri kawin je makan nasi minyak. Tapi nasi minyak terengganu ni memang berbeza dengan yang kenduri kawin punya..memang dimakan untuk sarapan .
Kalau balik kampung memang kami cari makanan inilah nasi dagang, nasi minyak dan nasi lemak ikan.
Kemain ahkak berjaket bagai hehehehe...musim sejuk sekarang so fefeling kat Amsterdam hahaha.
Lama jugak ler kami lepak situ ..menapau lauk...berborak bergosip...hahahah jumpa sekali sekala memang tak habis bercerita.
44 tahun dah umur tahun ni tapi masih comel dah awet muda kan kami nih..hahahahah.
Kalau kawin awal mau dah bercucu dah kahkahkahkah.
Berjam-jam kami duduk kat situ nampaknya restoran ni memang tak putus pelanggannya. Jadi yang memang meminati selera pantai timur boleh lah singgah makan sini.
Nanti boleh lah aku angkut suami dan anak-anak ke sini lagi.
4 comments
nampak sedap!
ReplyDeleteSedap..orang ganu silalah datang heheheh
Deletenampak kuah pun dah rasa sedap
ReplyDeletekena cuba lah pasnih
Memang sedap...boleh cuba
ReplyDelete