Penjagaan beg ketika travel

January 25, 2018


Penjagaan beg ketika travel juga amat penting. Aku memang suka menyarungkan travel protector cover pada beg aku. Ia dapat menjaga beg aku dari tercalar . Kebiasaannya cover ini memang diperbuat dari fabrik yang elastik. Jadi senang untuk disarungkan pada beg. Kat bawah dia samada berzip, strap atau pun butang.


Tahu sahajalah camana pekerja di kargo kapal terbang tu mencampak beg kita kan. 

Semasa ke Perth tempohari dua beg aku pakaikan cover ..untuk beg yang berisi makanan aku tak pakaikan sebab nanti senang nak buka apabila disuruh . Sampai apartment tengok beg tu dah pecah sikit di bahagian atas roda.

Memula ingat nak beli beg baru jer...tapi tengok harga mahal-mahal belaka tak jadi lah. Apa yang aku buat semasa balik beg tu aku letak pakaian kotor dan aku pakai kan cover dan juga luggage strap. Jadi kalau apa-apa terjadi pada beg aku tu at least  isi dalam tak terburai. Memang bila sampai Malaysia semula beg tu lagi teruk pecahnya tapi beg tak terburai. Cover tu memang nampak kotor ler jugak ...so kalau tak pakai cover mesti beg kita calar dan kotor.

Elastic travel protector cover tu aku beli kat Lazada je murah...kedai-kedai beg pon ada. Ada size 20 inci, 24 inci, 28 inci , 30 inci dan 32 inci. Kalau tulis saiz S tu maknanya beg bersaiz 20 inci.
Untuk next trip dah aim cover yang ini plak. Heheheh

Monstera dengan aku memang tak dapat dipisahkan hihihih


Luggage strap tu aku beli kat Daiso sahaja

Ada pelbagai size jugak .

Boleh jugak kalau nak wrap plastik pada beg tu kat airport tapi mahal jugak kosnya...cuma kat Klia  je aku rasa murah...Beg saiz 28 inci tu rm 14 je....tapi masa nak balik dari Schipol Airport,Amsterdam kalau tak silap Euro 14 huhuhuhu..

So kalau pakai cover ini boleh basuh dan nanti boleh pakai semula untuk trip yang berikutnya. Atau boleh beli cover yang baru ..Jadi beg tu boleh ler bergaya jugak macam tuan dia yang bergaya ngan sepuluh jaket hahahah.


You Might Also Like

4 comments

  1. ooooo macam tu rupanya tq tips nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yer Sue...nak beli beg yang berkualiti seketul mahal ..jadi kita coverlah dia spy tak calar

      Delete

Featured post

Percutian Family ke Perth 2017 - Hari kedua (Fremantle, Perth City, Bell Tower)

26 Ogos 2017 - Sabtu Hari kedua bangun bersemangat nak berjalan. Siapkan sarapan dulu. Buat nasi goreng sardin. Bawak bekal roti...



Like us on Facebook