Masak-masak PKP - AGAR-AGAR SANTAN & TEPUNG PELITA

July 20, 2020

24 Apr




 1 st day puasa ditahun 2020 di waktu PKP...memang takde bazar ramadhan Tapi adalah  restoran jual.
Memula rajin le masak hahhaa..2 hari  kemain masak lauk..buat kuih pencuci mulut ..permulaan puasa memang aku akan pening2 sikit...hari ketiga dah tak larat ..cam nak demam hahhaha.So beli makanan.

1st ramadhan

Buat  AGAR-AGAR SANTAN untuk pencuci mulut Day 1 Ramadhan.

Agar-agar ni selalu arwah mak buat..sedap sgtt dia buat😔😔😭
Dia selalu buat yg gula melaka.  Ni 2nd time aku buat..aritu xjadi layer gini 😂😂



25 Apr

TEPUNG PELITA🤩🤩

Pencuci mulut Day 2  Ramadhan

Abaikan comot2 tu ye 😂😂..tak koser nak mekap cantik2 nak snap cantik2.. lantak disitu hahaha..tahun ni tak dapat beli tepung pelita paya jaras..so harap yg buat ni setanding rasanya ahakks..😁😁

Bahanbahan

♡ Lapisan hijau♡
● 3-4 helai daun pandan dimesin dengan
● 4 cawan air
● 1 cawan tepung beras
●3/4 cawan gula

Campurkan semua kacau sebati baru bukak api sederhana..kacau berterusan sampai menggelegak mcm kuar bubble tu

Sediakan bekas taburkan sedikit gula castor...kalau xde..mesin je gula pasir kasi halus.  Bila letak lapisan hijau yg panas gula akan cair. Selesai lapisan hijau.

♡ Lapisan putih♡
● 1kotak kecik santan
●1 cawan air
● 1 sudu kecik garam
●4 atau 5 sudu besar tepung beras

Kacau sebati  baru bukak api sederhana.
Kacau berterusan dan masak hingga ia likat.

Angkat dan tuang atas lapisan hijau tadi.
Biarkan seketika..simpan dalam peti ais.





You Might Also Like

0 comments

Featured post

Percutian Family ke Perth 2017 - Hari kedua (Fremantle, Perth City, Bell Tower)

26 Ogos 2017 - Sabtu Hari kedua bangun bersemangat nak berjalan. Siapkan sarapan dulu. Buat nasi goreng sardin. Bawak bekal roti...



Like us on Facebook