Penginapan Paling Berbaloi di Penang

October 27, 2017

Minggu ni rasanya semua mak ayah sibuk dengan anak-anak tengah exam penggal akhir. Lagi sebulan dorang nak cuti sekolah. Mesti ada yang dah rancang nak pergi bercuti mana hujung tahun ni.
Aku pun sama ni survey-survey tengok mana tempat best nak bercuti ...tahun depan Hafiy dan Hisham nak UPSR dan PT3..jadi meh kita pulun cuti puas-puas tahun ni.

Emmm...Lama rasanya tak pergi ke Penang...

Penang ni terkenal sebagai syurga makanan. Pasembor, kari kapitan, nasi kandar, char kuew tiaw, asam laksa...fuhhh apa lagi...meleleh air liur dah ni .
Penang juga adalah satu destinasi percutian yang menarik dan popular di Malaysia. Macam-macam tarikan ada di sini. Kalau korang mencari destinasi percutian yang mempunyai pantai pasir putih berserta laut yang nyaman tetapi tidak mahu meninggalkan segala kemudahan bandar yang moden, korang takkan kecewalah kalau pilih Penang sebagai destinasi percutian.

Sebelum pergi bercuti, selalunya aku akan buat itinerari dulu...senang nak rancang masa mana nak tuju dulu dan bajet masa yang diperlukan untuk setiap tempat.



Banyak betul tempat-tempat menarik kat Penang ni..mana kita nak tuju dulu.

Perancangan aku tempat pertama nak pergi ke Penang Escape Theme Park.


Ia sebuah Adventure Park kerana disini kita boleh melakukan aktiviti lasak. Penang Escape Theme Park yang terletak di Teluk Bahang adalah tempat kegemaran penggemar setia aktiviti lasak yang ingin menguji tahap ketahanan mental dan fizikal. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan, sesuai untuk kanak-kanak dan dewasa.

Anak-anak aku kan semua lelaki . Semua lasak dan suka aktiviti luar macam ni. Memang sesuai le bawak mereka.



Seterusnya aku bercadang ke Muzium Mainan Penang yang terletak di Teluk Bahang jugak.


Muzium Mainan Penang ini telah mendaftarkan dirinya sebagai muzium mainan terbesar di dunia. Ia adalah rumah kepada lebih 100,000 anak patung, kereta api dan koleksi lain dan telah memperoleh tempat dalam Malaysia Book of Records sebagai muzium mainan pertama negara ini, dengan koleksi mainan dan patung terbesar.
Berjalan melalui pintu depan adalah seperti melangkah kembali ke zaman kanak-kanak dan korang pasti gembira untuk melihat beberapa rakan-rakan lama dalam koleksi, dari My Little Ponnies dan Care Bears hingga ke Doraemon dan koleksi Gundam. Memang tempat yang amat menyeronokkan untuk melawat, ia adalah tempat yang berfaedah dan menghiburkan untuk melawat untuk kedua-dua orang dewasa dan kanak-kanak.

Tak lengkap rasanya kalau pertama kali menjejakkan kaki ke Penang tapi tak pergi Bukit Bendera. Aku yang dah beberapa kali pergi Penang tetap jugak nak naik Bukit Bendera tu.


Bukit Bendera adalah stesen bukit penjajah pertama yang dibangunkan di Semenanjung Malaysia. Terdiri daripada Western Hill, Bukit Laksamana, Tiger Hill, Flagstaff Hill dan Government Hill, ia terletak 6KM dari Georgetown. Terletak 821m di atas ibukota Pulau Pinang, ia biasanya kira-kira lima darjah lebih sejuk daripada Georgetown. Ia adalah hutan hujan tropika terakhir di Pulau Pinang. Flora dan fauna di sini telah dilindungi sejak 1960. Tetapi ia tidak mempunyai keutamaan yang sama seperti Genting Highlands, Bukit Fraser atau Cameron Highlands tetapi ia adalah salah satu tarikan pelancong yang paling terkenal di Pulau Pinang.

Okay..dah pilih tempat-tempat menarik untuk dilawati ..kat mana plak nak tidur kat Penang tu?
Dah penat drive jauh dari Bangi tentulah nak cari tempat selesa untuk berehat.
Aku survey-survey hotel ..resort...emmm cam menarik jer hotel ni....
Hotel Jen Penang.


Hotel Jen Penang by Shangri-La terletak di kawasan / bandar Georgetown....emmmm lokasi yang baik ni... berhampiran Lapangan Terbang Penang International Airport (PEN), cuma 14.23 km jer....Terdapat banyak tarikan pelancongan yang berdekatan, contohnya Penang Rainbow SkyWalk @ Komtar dalam 0.11 km, dan KOMTAR dalam 0.12 km.

Aku tengok jugak apa kemudahan Hotel Jen Penang ni sediakan...not bad...Kalau ada merancang nak buat mesyuarat , majlis kahwin atau apa -apa acara keraian memang Hotel Jen Penang by Shangri-La lah tempat yang sesuai sebab dengan adanya bilik majlis yang besar dan serba lengkap untuk memenuhi keperluan korang untuk majlis persendirian ataupun majlis korporat.


Bilik penginapan pon nampak selesa dan cantik. Memang kene dengan citarasa aku . Ceria hiasan dalaman bilik nya . Pilihan perabut yang memang modern dan terkini.
Tunggu apa lagi??
Hotel Jen Penang by Shangri-La ialah pilihan terbaik bagi korang yang inginkan layanan mewah untuk percutian korang sekeluarga..


Makan pun seronok dengan menikmati pemandangan menarik bandar Georgetown.



Jom manjakan diri korang dengan perkhidmatan yang paling baik dan jadikan percutian korang kat Penang ni kenangan yang tidak dapat dilupakan dengan menginap di sini.



Bila bercuti bersama keluarga dengan anak-anak terutamanya memang penting untuk pilih hotel yang menyediakan kolam renang.

Soalan pertama selalu anak-anak aku tanya kolam renang hotel tu best tak mama?
Tengok dari gambar pon mama sendiri dah teruja nak bersantai tepi kolam.

Sebelum booking hotel selalunya memang aku akan baca review dari tetamu hotel sebelum tu...

Nampaknya tetamu bagi feedback yang bagus..kebanyakan tetamu sebelum ini tulis Hotel Jen Penang by Shangri-La adalah hotel yang memberikan keselesaan hebat dan perkhidmatan terbaik





You Might Also Like

12 comments

  1. Tetiba tringat ais kacang sedap kat food court bukit bendera tu hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehh.ehhh..samalah ..dulu pergi asben puji ais kacang situ sedap

      Delete
  2. memang penang ni dlm list LN..
    tq sharing..bnyk info best..
    tak sabar nak pi penang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yesss Leyla...Penang mmg patut masuk dalam list percutian..tak pernah jemu pergi

      Delete
  3. Saya pun dah bertahun tak ke Penang, dah banyak tempat² menarik kat sana kan? Hotel² pun banyak yang menarik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul...tempat yang bergambar kat lukisan kat dinding tu patut masuk gak tu dalam list

      Delete
  4. baru je balik dari penang hari tu..hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang akan selalu gi Penang kan ...adik ada situ hehehe

      Delete
  5. Penang Escape Theme Park macam best je tu. Tak pernah sampai lagi. Penang dah lama juga tak jejak. Gatal pula tapak kaki ni :P

    ReplyDelete
  6. Bestnya Penang.. Rindu pasemboq. Jalan-jalan kat Penang ni banyak jugak tempat boleh pegi ek..

    ReplyDelete

Featured post

Percutian Family ke Perth 2017 - Hari kedua (Fremantle, Perth City, Bell Tower)

26 Ogos 2017 - Sabtu Hari kedua bangun bersemangat nak berjalan. Siapkan sarapan dulu. Buat nasi goreng sardin. Bawak bekal roti...

Like us on Facebook