Kes menceroboh rumah

October 21, 2017

Omaigadddddd 😡😡😡😡

Gini ceritanya...arwah abah ada umah sewa flat kos rendah kat Subang Mewah...dah lebih 10 tahun beli dan sewakan. Bulan feb 2016 kalau tak silap penyewa kata nak pindah sebab mak rasanya nak jual je rumah tu . Penyewa plak lari pindah senyap-senyap . Bil letrik tertunggak beratus. Lepas dia pindah aku ada datang tengok dan nampak pintu grill berkunci. Camana nak masuk. Nak kena pecahkan pintu ler. 

Dari hari kesehari nak pergi pecahkan pintu masing-masing sibuk ...tetiba bulan puasa...tetiba lepas sorang-sorang pergi travel ..takde masa serentak boleh pergi...lagipon hak bersama so bersama lah kita pi bersihkan rumah. Semua perempuan jadi tunggu plak suami-suami free pulak masa. Sempatlah selesai tukar nama rumah tu ...barulah ada masa. Tu pon ada gak tak cukup sorang disaat-saat akhir. Tapi teruskan jugak. 

Kami memang dah expect rumah mesti kotor. Tapi tak dapat nak bayangkan. 

Hari ni pagi kami pergi cari locksmith dulu. Takde plak dekat area rumah flat tu . Mujur kat Summit ada ...so bwk cina tu pergi rumah. 

Masa ni aku gi stesen minyak ke tandas dan beli jajan bebudak ni. 

Angah post gambar2...terkejut beruk tgk...cina tu pon terperanjat..
Memula sangka penyewa lama tinggalkan barang-barang dia penuh satu rumah dengan bersepahnya.

sakit dada menahan amarahkan.

tetiba nampak satu nota 

Hoiiiii...sapa plak ni...sesuka hati menumpang barang kat rumah kita.


Tengok tv lama dua biji, dalam bilik no 2

Kotak baju lama dengan gambar=gambar lama...ada ler bukti gambar empunya muka si penceroboh.


Troli giant ke mydin kau kebas ni


aircond lama 2 ketul pon ada. Mainan lama..teddy bear besar bagak anak dia punya
Lesung batu tu mau je lontar kat dia


Kasut -kasut buruk lama bini dia yang patut campak je terus dalam tong sampah pon dia simpan situ.


Baju-baju lama dah tak pakai bersepah-sepah terkeluar dari beg.
Ada almari kayu besar...sofa besar 2 biji.

Yang paling tak menahan yang ni pon tertinggal

Spender pink bini dia ker???


Abang ipar call no yg tertera kat nota tu.
Dia kata dia tumpang sekejap sebab masa tu kaki dia bersimen ..dia pindah ke Cyberjaya . Dia tumpangkan sekejap kononnya . Kunci mangga ada ngan dia.
Kau tinggalkan nota kat dalam rumah pintu berkunci kau simpan..macamana aku nak baca nota yang ditinggalkan.

Dia janji esok Ahad nak datang clearkan rumah dan maybe boleh le kalau nak dia cat ke sebagai ganti. 

Aku tak paham betul ada manusia gini.

Ini kalau aku report polis memang boleh charge tuduhan menceroboh harta orang . 

Dia kata rumah kami tak bertutup pintu masa penyewa pindah keluar. Kau tahu rumah takde penghuni....kau ambik kesempatan plak.

Kalau susun elok-elok takpe jugak..ni kau lambakkan bersepah.

Ini pon kau tak boleh buang 

Kau letak dalam umah orang. . Nak tunjuk kaki kau bersimen sebelum ni.


Agaknya sebab lif rosak dan tak mampu nak bawak turun barang-barang melalui tangga..kau dapat idea bangang letakkan dalam umah aku.

Dia rasanya keje kontraktor ...tu barang-barang keje banyak dilonggok situ.

Kita tunggu esok...kalau tak datang aku viralkan muka kau.





You Might Also Like

8 comments

  1. Uihhhhh gilerrrr... Zul tu terlebih educated ke ape.. Bodoh pianggg

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  2. Report polis je. Dan viralkan lagi muka dia pulak supaya org lain boleh berhati2. tu nama anak dia pun dah viral

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya bagi peluang sampai esok ..dia janji nak bersihkan. mungkir janji mmg siap le dia..

      Delete
  3. Rasa nak marah gak ni...i feel u kak dy...mak abah juju pun ada rumah sewa...dh rasa mcm kak dy rasa...huhh nak x nak kena bersihkan gak pastu renew penyewa baru

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau penyewa yg tinggalkan barang akak rasa logik buleh terima...huhuhu ni kan tah sapa2 tetiba tumpang letak barang adoiiilahhh

      Delete
  4. Makk aihhh, kita yang baca ni pun rasa nak marah sekali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Fiza....sakit hati...dah le tumpang ..bersepah plak tu..dah warning minggu ni katanya nak clear

      Delete

Featured post

Percutian Family ke Perth 2017 - Hari kedua (Fremantle, Perth City, Bell Tower)

26 Ogos 2017 - Sabtu Hari kedua bangun bersemangat nak berjalan. Siapkan sarapan dulu. Buat nasi goreng sardin. Bawak bekal roti...

Like us on Facebook