Pakej Perkahwinan di Laman Warisan

October 30, 2017


Okay ...aku sambung balik citer kat Taman Warisan Pertanian Putrajaya. Tengahari tu kami dijamu makan tengahari oleh Felda D'Saji di Laman Warisan. 

Korang tau kat sini pon boleh buat majlis perkahwinan tau. Tengok bunting kat atas tu. 


Feeling-feeling posing ala Che Ta plak kat gerbang bunga ni...baju je plak tak sesuweiii hahahhaha...



Ini contoh pelamin simple but sweet sangat ...jum le kita posing-posing sambil mengimbau kenangan 20 tahun dulu bersanding. hehehe


Makanan yang dihidangkan secara buffet


Meja Pengantin untuk sesi Makan Beradap.



Laman Warisan ni boleh memuatkan sehingga 280 orang tetamu dalam satu masa.
Jangan risau dengan parkir...ada parkir percuma disediakan dan  jika tidak muat boleh juga memarkir kereta di tepi jalan dan jangan bimbang 
tidak akan dikenakan saman.

Boleh memilih untuk perkahwinan berkonsepkan warisan atau klasik decor melayu. Ruang di Laman Warisan ini terbuka dan nyaman.

Sesi fotografi PERCUMA di dalam dusun termasuk dalam pakej ini.

Kami diberi merasa menu buffet yang disediakan untuk pakej perkahwinan. Banyak menu boleh dipilih.

Tengok pon dah menyelerakan.






Selain air sejuk ada juga pilihan air panas..

Dengar nya air Teh Tarik D 'Saji ni memang sedap...tak dinafikan.


Bagi korang yang berhajat nak membuat majlis perkahwinan atau apa-apa majlis keraian boleh lah mengunjungi laman web ini

http://www.feldadsaji.com.my/venue/laman-warisan-putrajaya/


You Might Also Like

5 comments

Featured post

Percutian Family ke Perth 2017 - Hari kedua (Fremantle, Perth City, Bell Tower)

26 Ogos 2017 - Sabtu Hari kedua bangun bersemangat nak berjalan. Siapkan sarapan dulu. Buat nasi goreng sardin. Bawak bekal roti...

Like us on Facebook