Dusun di Putrajaya ?

October 30, 2017


Tak percaya ker ada dusun kat Putrajaya..
Ingat ada pejabat-pejabat kerajaan je ker?

Aku pun macam tak percaya je dulu masa mula-mula bertukar keje di Putrajaya tahun 2009. Bila kita berpindah ke tempat lain mesti kita nak cari tempat makan kat mana yang best kat situ. Ada kawan aku berkongsi cerita yang dia pergi makan Roti John sedap kat Taman Warisan Pertanian. Nasi ayam pun sedap...ada satay Samuri lagi kat situ.

Ingat lagi ..terus aku citer kat asben ..sebab anak-anak memang suka Roti John dengan Nasi Ayam. Memang terus hari minggu tu kami pergi makan kat medan selera kat situ. Selepas itu memang banyak kali jugak lah repeat makan kat situ. Itu semasa aku bekerja di Precint 2. 

Selepas aku berpindah keje di Parcel C ...emm lagi lah kerap datang makan kat sini sebab belakang opis aku jer. Bila teringin nak makan Durian Crepe terus aku datang ke Taman Warisan Pertanian.






Camana nak pergi kesini...tengok peta kat atas ni. Taman Warisan Pertanian ni terletak di Presint 16. Boleh guna waze kalau nak kesana.

Tapi Taman Warisan Pertanian ni bukan hanya ada tempat makan sahaja...ada banyak benda menarik kat sini yang aku nak kongsikan.

Sabtu lepas aku dan rakan-rakan blogger dari Kelab Blogger Ben Ashaari dijemput untuk meneroka taman ini. Selama ni asyik pergi makan time hari kerja takkan nak pergi panjat dusun kat bukit sebelah medan selera tu pulak kan.

Itu yang terkejut ada dusun rupanya kat sini.  Besar plak tu 35 ekar kalau tak silap. Sebelah medan selera ada tangga menunggu puncak...eh...menuju dusun..heheheh.

Ada kaunter tiket kat atas tu.

Tiket masuk Rm 8,50  untuk dewasa (pemegang Mykad) dan Rm 6.50 bagi kanak-kanak (3-12 tahun)

Boleh berjalan kaki atau menyewa buggy Rm 25 sahaja untuk satu buggy . Kalau sekeluarga naik takdelah mahal kan. 

Kami naik buggy dan tempat pertama kami tuju adalah plot sawah padi.
Kami disambut staf taman yang akan mengendalikan sesi  menangkap ikan keli dalam sawah. Wah seronok tu...tapi aku tak berani lah ...aku ni kan penggeli...ikan keli pun tak makan. Hahaha



Dalam 5 ekor jugak rasanya dorang dapat tangkap.


Jangan lupa yer bawa Magic Body Lotion Cosmoderm masuk ke dusun...kalau digigit serangga ..gatal-gatal sapu losyen ni.


Sebelah plot sawah ni ada pokok limau bong...eh tu aku yang panggil..korang panggil Limau Bali.


Seterusnya kami singgah pokok buah apa plak yer?


Ni buah dia...ini lah yang korang gunakan dalam masakan...asam keping..ni sebelum dikeringkan. Ini buah asam gelungur. Memang masam giler. 
Elok jugak ni untuk kuruskan badan.


Bahagian tengah buah ni manis rasanya seperti manggis.


Ni pulak buah Beruas atau manggis hutan. Tapi dia masam. Pekan Beruas kat Perak tu diambil sempena nama buah ini lah.


Kita singgah plak tengok pokok kopi


Pokok lada hitam.

Macam-macam pokok ler ada ..petai pon ada tau..


Kami dah sampai ke plot pokok getah. 

Rupanya kawasan Taman Warisan Pertanian ini memang asalnya ditanam pokok getah . Getah Prang Besar. Sebelum bertukar menjadi bandar... Putrajaya asalnya adalah kawasan hutan dan ladang bernama Prang Besar.

Kami ditunjukkan demo pemprosesan getah keping.


Proses menoreh getah..getah kene toreh awal pagi yer untuk pengeluaran susu getah yang banyak. 

Getah dibiarkan beku dan direndam dalam bekas ini..

Ini plak proses "mencanai" getah ..tebarkan dan tekan rata...sama macam mencanai roti heheh.

Lepas tu masukkan getah beku tadi melalui mesin licin ini. 



Kemudian masuk plak ke mesin bunga,


Basuh bersih kepingan getah tu dan sidai ditempat teduh.



Nanti getah yang dah kering akan dibawa ke Rumah Asap untuk disalai.

Pastu boleh le dijual .

Sempat lagi tu jadi model rumah Asap...hahaha

kami berehat sekejap dan dijamu makan buah-buahan tempatan...emmm seronoknya...korang boleh request tau untuk dimasukkan dalam pakej lawatan ...adalah bayaran tambahan.

Kami juga dihidangkan madu kelulut. 

Kat sebelah tu je ada demo pam sedut madu. 


Queen bee ada katanya dalam batang kayu tu..lebah-lebah ni kalau kita pindahkan rumah dia ni jauh lebih 2 km memang dia ada gps boleh kesan lokasi tau. Hebat tak..

Ini rumah-rumah lebah.

Kami diberi minum madu yang baru disedut tadi dari sarang...fresh tau.




Okay kat atas puncak bukit ni ada satu tempat view cantik ..kita boleh bergambar dan melihat bangunan-bangunan di Putrajaya ...sini boleh buat photoshoot pra perkahwinan. 


Ada macam-macam games jugak disediakan di sini ...antaranya ini ...bowling kelapa. 



Haaah...seronok kan semua aktiviti yang kami ikuti hari tu. 

Memang bagus sangat ni bawa anak-anak ke sini. Yelah budak- budak bandar sekarang manalah kenal jenis-jenis pokok , sawah padi dan pokok getah kan. Pekerjaan atuk dan nenek dorang pon dah berbeza ...tak lagi yang keje menoreh...keje pejabat dah.

Okay...selepas tu kami dijamukan makan tengahari oleh Felda D'Saji di Laman Warisan .

Next entry nanti aku ceritakan plak Tawaran Pakej Perkahwinan di Taman Warisan Pertanian Putrajaya ni


Boleh dapatkan info tentang Taman Warisan Pertanian Putrajaya kat FB dan IG seperti tertera dibawah ni.


Nombor talian untuk dihubungi: 03-8888 2722

Email: info@tamanwarisan.my





You Might Also Like

4 comments

  1. best sangat FAM Trip ni..dapat masuk dusun tengah bandar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sangka tengah bandar modern ni ada dusun ditengahnya kan.

      Delete
  2. Boleh repeat lagi ni untuk merembes peluh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai plak menegur aritu balik jogging ke kak ..hahahah

      Delete

Featured post

Percutian Family ke Perth 2017 - Hari kedua (Fremantle, Perth City, Bell Tower)

26 Ogos 2017 - Sabtu Hari kedua bangun bersemangat nak berjalan. Siapkan sarapan dulu. Buat nasi goreng sardin. Bawak bekal roti...



Like us on Facebook