Sehari di Bangi Wonderland -Gempak Giler

December 03, 2017



Cuti sekolah dah seminggu ..kemana uolls nak bawak anak-anak bersuka ria...tak dapat nak bawak ke Gold Coast Australia..Disneyland....bawak je mandi-manda kat Bangi Wonderland. Cuti sekolah ni memang aku takde rancangan ke mana-mana ...last 2 weeks aritu dah bercuti di tepi pantai Balok waktu hantar Ayie.  Ni dia balik bercuti dapat le kami semua sekeluarga berkumpul dengan keluarga besar KBBA9 di Bangi Wonderland. 

Team KKBA9 dijemput bersama rakan media yang lain untuk memeriahkan program Showcase Gempak Giler bersempena setahun Bangi Wonderland ini beroperasi. 

Memang pucuk dicita ulam mendatang ler...dah lama teringin nak datang sini..kebetulan ayie pun balik bercuti. Sepatutnya minggu ni dah rancang percutian ke Port Dickson...permohonan rumah peranginan Tg Tuan tak diluluskan. Alhamdulillah Allah ganti dengan percutian lain plak dekat dengan rumah. 

Cuaca sangat baik ...selalu hujan atau mendung. 






Semalam kami sempat juga buat kejutan kat Ben Ashaari sempena birthday dia 30 Nov lepas.




Kat mana Bangi Wonderland nih sebenarnya?

BANGI WONDERLAND THEME PARK
No. 2, Persiaran Bangi Avenue,B
Bangi Avenue,
43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia



Tak jauh dari Pekan Bangi Lama.

Sempena cuti sekolah ni Bangi Wonderland ada promosi sempena Program Gempak Giler dari 1- 31 Disember 2017.




Harga Promosi:
Isnin - Jumaat:
RM150 untuk 4 orang (mykad)
Sabtu, Ahad, Cuti Umum:
RM180 untuk 4 orang (mykad)
(Boleh diguna pakai untuk dewasa dan juga kanak-kanak manakala kanak2 yg ketinggian 90cm ke bawah adalah percuma)
Bersempena promosi tersebut, akan diadakan SHOWCASE GEMPAK GILER yang dimeriahkan dengan persembahan ARTIS-ARTIS TERKENAL tanahair bermula jam 2 petang pada tarikh:
2 Disember (Sabtu):
Ameng Spring & Ezad Lazim
3 Disember (Ahad):
Dato' Awie & Siti Nordiana
9 Disember (Sabtu):
Amy Search & Nico G
10 Disember (Ahad):
Khalifah & Projector Band

A Day With Bangi Wonderland

Majlis pelancaran program "Gempak Giler" dimulakan jam 11.30 pagi dengan ucapan pembukaan oleh Mr. Steven  Chang, General Manager Bangi Wonderland Theme Park & Resort

Setelah upacara perasmian kami dihiburkan dengan persembahan tarian Aero Fit oleh One Nation Fitness


Sesi fotografi bersama pengurusan Bangi Wonderland

Seterusnya ada telematch plak 



Ada dua games...gorilla dan trainernya juga gelung hula hoop.

 ini dia juara untuk semua games

Lepas tu apalagi makan ler...

Tepat jam dua barulah kami disajikan dengan persembahan artis jemputan Ezad Lazim dan Ameng Spring






Suara masing-masing memang best nyanyi live...Ameng punya suara memang sedap.

Dah selesai Showcase Gempak Giler ni apalagi sertai anak-anak ler bersukaria main air.

Ini rides yang ada kat Bangi Wonderland ..cuma Surf Rider jer under maintenance.
Magic Funnel
Yang ini kena naik 4 orang...bebudak ni tak naik sebab tak cukup orang hahaha mama n abah penakut.

Tiga beradik tengah berlumba menuruni Insane Racer

Yang hijau kuning Anaconda Trail aku naik dgn Hafiy .
Yang purple tu The Fall ..giler curam...Abang ngah je yang naik itu pun katanya rasa jantung tertinggal kat atas hahahaha


Boomeriang
Yang ni Ayie dan Hisham naik.



Water Cannon




Spiralax



Pirates Bay

Masa ini tengah berombak






Kids Adventure

Ini memang tempat yg besar kecik tua muda suka...menunggu sebaldi air dicurah hahahha

Memang seronok bawak anak-anak kesini...lepas ni memang kami akan datang lagi.

Di bawah ini sedikit info Bangi Wonderland



You Might Also Like

17 comments

  1. Air jernih.. nanti nak plan pergi lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak punya tiket free anak bujang dah sambar hahahha

      Delete
  2. banyak permainan dekat sini..semuanya best-best..

    ReplyDelete
  3. bukan main Kak Dy sempat naik rides..Lynda semua tak sempat.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak dy naik satu je yang lain takut hahahahha

      Delete
  4. best yer kak dy main macam-macam rides. huda jaga anak dan main kat kids adventure jer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaaa Huda ..kak dy naik satu jer...yang lain anak2 ajak mama takut ngan taklarat panjat tangga

      Delete
  5. nampak best sgt! nak join hari tu tapi xpe la, next time plak..huhu

    ReplyDelete
  6. gempak gempakkk! syiok nye mandi manda ramai ramaiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak dah besar nanti leh datang sini hihihi

      Delete
  7. Replies
    1. Jom....anak dah sambar tiket voucher tu...hahaha ..nak bawak kawan dia plak...terpaksalah mama beli tiket lenkali.

      Delete
  8. Awesome water slide. May be it's very enjoyable. Last month, we visit an amazing water park. We enjoyed there too much. Thanks for sharing your enjoyable moment with us.

    OneDayTop has recently posted for Travel : Most Colorful Locations in Greece

    ReplyDelete

Featured post

Percutian Family ke Perth 2017 - Hari kedua (Fremantle, Perth City, Bell Tower)

26 Ogos 2017 - Sabtu Hari kedua bangun bersemangat nak berjalan. Siapkan sarapan dulu. Buat nasi goreng sardin. Bawak bekal roti...



Like us on Facebook