Aunty Aini's Garden Cafe : Masak lomak feveretku
December 20, 2017
Pagi ni uruskan beli buku sekolah anak kat Koperasi sekolah.
Pergi makan dulu lah...kalau bab makan ni memang bergaduh jer...dah lewat kul 11.30 pagi mana lah ada makanan pagi lagi...kedai rata-rata dah mula jual makan tengahari. Roti canai adalah tapi tekak takmo makan roti canai. Asben ajak makan nasi beriani..terus lunch je senang.
Aku dalam otak ni dah teringat-ingat lauk-lauk masak lemak yang kakak aku send semalam. Anak dia balik cuti dari UK semalam ..malam tadi dari airport dorang terus tuju ke Aunty Aini's Garden Cafe kat Nilai tu.
Aku ni dah lama teragak nak makan situ tapi asyik tertangguh jer niat tu. Kali ni tak kira nak pergi jugak makan.
Yang lain ni dah lapar ...singgah Petronas beli roti alas perut kang drebar mengamuk hehehhe.
Okay dari Bangi adalah 30 minit nak menyampai ke cafe tu. Mujur hari mendung...jadi sejuk sikit hati ...
Akhirnya sampai...
Aunty Aini's Garden Cafe ni letaknya tepi jalan . Parking kereta tepi-tepi jalan tu ...jalan besar situ so kereta laju-laju le jugak.
Cafe ni bukak untuk lunch dari jam 11.30 pagi hingga 2.30 ptg . Rehat..kemudian bukak balik jam 5.30 ptg hingga 11 malam.
Bukak setiap Selasa hingga Ahad...tutup hari Isnin.
Suasana ala dalam taman.
Tak sabar capai menu nak order makanan perut dah lapar.
Lupa nak ambik gambar senarai menu.
Ada lauk gulai lemak cili api ....gulai lemak tempoyak...asam pedas..western food ada.
Aku ni kan ada ada darah nismilan....mana boleh tak makan masak lomak cili api.. feveret ooo
Kalau lunch tengok lauk-lauk nampak je masak lemak cili api terus lupa lauk-lauk lain. Yang kuning tu jugak menarik mata.
Suasana aman damai
Sampai dah makanan kami...tak sabar nak makan.
Kami order nasi putih, gulai lemak tempoyak ikan merah, gulai lemak cili api daging salai, gulai lemak cili api cendawan kukur, tempoyak daun dan telur dadar.
Dah lama sebenarnya teringin nak makan cendawan kukur ni...memang sedap
Dengan lahapnya kami sekeluarga makan hahahahha...
sampai menghirup kuah masak tempoyak tu...Sedapnya...
Asben pon sama...menghirup kuah...kata dia tak rugi datang jauh ..memang sedap menepati tekak dia jugak.
Tempoyak daun pon sedap..sepiring tu rm 9
Camana nak gi makan sini? ini alamatnya ..korang waze jelah supaya tak sesat
Aunty Aini's Garden Cafe
Alamat: Batu 16, Kampung Chelet, 71800 Nilai, Negeri Sembilan
Waktu perniagaan:
5 comments
tengok gambar menelan air iur kita pun oeminat masak lemak huhuuuu dah lama nak pi makan sini tak pergi2 jugak pdahal dekat je huhuuuuu nak kena gosok cik abe ni hahahhaha
ReplyDeleteXyah gosok Sue...paksa ..heret je hahahhaha
ReplyDeleteMemang sedap kak Dy. Pernah lunch kat sini. Makan sambil bersila kat pondok-pondok dia..aduhai..
ReplyDeleteTeringat2 lagi ni lauk tempoyak ..alahai heheh
DeleteTeringat2 lagi ni lauk tempoyak ..alahai heheh
Delete