Makan lambak style

December 26, 2017



Cuti krismas sampai tahun baru ni memang tak kemana-mana berjalan. Ni patutnya hari ni aku kerja 2 hari kemudian cuti sampai 2hb Jan. Tapi disebabkan otot peha ni sakit balik macam bengkak je...ke klinik doktor bagi rehat 2 hari.

Bebudak ni pun sabtu dah pergi dengan sepupu sepapat ke Bangi Wonderland. Hari ni Ayie plak pergi dengan kengkawan guna voucher free 4 tiket yg dapat hari tu. 

Jadi sempena Ayie balik cuti seminggu ni ingat nak belanja sempena birthday dia aritu 14 Dec..Semalam lepas zohor dah dekat 3 ptg baru keluar rumah konon nak makan kat Seoul Garden...sekali parking IOI City penuh...berpusing cari parking...dah dapat...sampai depan Seoul Garden ..utk lunch dah tutup...nak tempah dinner kene masuk waiting list...start 4.30 ptg. Kensel ler....jalan-jalan cari tempat nak makan rasa serabut tengok orang macam semut. Ramai sangat jadi tak best. Terus ajak keluar.

Kami terus ke Ayer 8. Rasa nak makan kat Shell Out...gugel-gugel cari terjumpa blog citer pasal restoran seafood lambak style.





Kedudukan restoran ni sangat strategik dengan view cantik mengadap tasik. Kalau malam lagi cantik dengan hiasan lampu-lampu dan kat bawah tu ada untuk sewa kereta berlampu. 

Perut memang tengah lapar ni.
Cepat kasi menu.

Boleh jugak nak pilih set. Kalau berdua Rm 39 jer.

Kami berlima jadi pilih set Pangkor tambah nasi putih 5 pinggan..kemudian tambah lagi 4 pinggan...hahahah lapar.


Kalau ada anak-anak kecik yang tak pandai nak makan seafood boleh je order makanan lain.

Makanan sampai dah tak sabar-sabar semua nak terkam. Memang tak boleh le mama nak ambik gambar cantik-cantik . Perut dah berkeroncong.


Memang sedap. Lebih-lebih lagi tengah lapar kan.




Ikan siakap tiga rasa ni lupa plak tukang masak tu. Mujur tak ramai pelanggan suruh dia masak cepat-cepat...Hafiy sabar menanti heheheh...okay lah dia suka boleh mama bawak lagi makan sini.

Kat mana kami makan nih?


Shellout Seafood Fanatics
C1-G-6, Kompleks Perniagaan Ayer@8, Jalan P8G1, Presint 8, 62100 Putrajaya

Buka setiap hari dari jam 12 tengahari - 11 malam

Tak dapat nak jalan-jalan tepi tasik lepas tu sebab hujan lebat.

Nanti boleh try datang malam pulak.

You Might Also Like

2 comments

  1. Oh di Presint 8 saja, boleh lah ajak encik suami makan lambak...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah...sederet dgn original Shellout....yg tu mahal. So restoran dekat2 je.

      Delete

Featured post

Percutian Family ke Perth 2017 - Hari kedua (Fremantle, Perth City, Bell Tower)

26 Ogos 2017 - Sabtu Hari kedua bangun bersemangat nak berjalan. Siapkan sarapan dulu. Buat nasi goreng sardin. Bawak bekal roti...



Like us on Facebook