Bengkel Videofon bersama Kak Kay

April 20, 2018



Dah lama nak belajar buat video ...video pendek edit dengan aplikasi  kat phone je..

Pucuk dicita ulam mendatang...Kelab Blogger Ben Ashaari sekali lagi buat bengkel di MaTic, Ampang.... kali ni untuk videofon pulak. Laju-laju daftar nama. 


Bengkel kali ni dikelola oleh Kamalia Kamal atau lebih mesra dipanggil Kak Kay.
Beliau pemilik Photolicious yang banyak ambik gambar-gambar anak-anak artis popular.


Kak Kay ni memang banyak pengalaman dalam bidang photography termasuk memberi coaching kepada usahawan online. Jadi banyak ilmu yang dikongsi pada hari tu. 

Kelas bermula dengan perkongsian ilmu dahulu baru lah diajar bagaimana nak buat editing pada video yang telah diambil. Peserta diminta mengambil 10 hingga 15 rakaman berdurasi 5 saat setiap satu. 5 saat tu biar objek bergerak bukannya phone yang dipegang .

Setelah selesai rakaman, kami menggunakan aplikasi  yang ada pada phone untuk edit video dan memasukkan kesemua 15 rakaman tadi . 
Kami diajar untuk crop, masukkan music, text, speed dan lain-lain yang ada didalam aplikasi tersebut.

Buat video berdurasi 15 saat sahaja. Kenapa? Untuk elakkan bounce rate. Orang yang minat tengok video panjang-panjang ni.

Rakaman perlu secara portrait suopaya nanti bila kita upload ke instagram tak kene crop.

Music yang dipilih perlulah catchy sikit. Text yang dimasukkan pakai warna hitam putih atau tak lebih dari 3 warna.

Template size 9:16 adalah paling sesuai untuk upload di Instagram.

Yang penting dalam menghasilkan video adalah jalan cerita. Sebelum buat video kita rangka dulu jalan cerita jadi nanti hasilnya lebih menarik dan teratur.


Ini hasil dari bengkel yang aku buat keesokkan harinya.








You Might Also Like

2 comments

Featured post

Percutian Family ke Perth 2017 - Hari kedua (Fremantle, Perth City, Bell Tower)

26 Ogos 2017 - Sabtu Hari kedua bangun bersemangat nak berjalan. Siapkan sarapan dulu. Buat nasi goreng sardin. Bawak bekal roti...



Like us on Facebook