Percutian ke Perth 2018 - Hari ketiga (Sunday Market, Belmont Forum)

April 03, 2018

18 Mac




Hari ni semua kene bangun pagi. Plan asal nak check out pagi-pagi terus ke airport tinggalkan bag dalam locker kemudian gi Sunday market. Tapi rasanya menunggu kan esoknya baru flight balik so awal-awal sampai aku dah extendkan sehari lagi untuk penginapan...kami plan check out 10 malam ke atas.

Cik asben awal bangun sebab dia yang beria nak gi sunday market tu..

Kami keluar awal pagi rasanya 7 lebih. Naik bas 380 yang menuju ke airport. Belmont Forum tu dekat sahaja dengan airport. Hari Hahad...jadi masih boleh beli Family Rider Pass...simpan tiket tu baik-baik boleh pakai sampai malam nanti nak pi airport semula .




Kul 6.30 pagi dah mula sunday market tu. Orang pon dah ramai...matahari pon memancar terik..tapi sejuk yang amat.
Sunday market ni memang patut masuk dalam itinerari jika uolls suka untuk bergaul mesra dengan penduduk tempatan di situ.


Tilam pon ada jual.


Baju bundle...jaket winter murah2.

kalau datang sini memang cari jualan Ahsoh ngan laki omputihnya hehehe...









penduduk situ suka beli pokok-pokok aku tengok. Matahari terik sangat nak ambik gambar pon tak nampak kat screen. Tapi mujurlah sejuk .

Dah boring keliling semua jualan aku dan bebudak lepak kat Mc Donald. Abah dorang teruskan keliling mencari baju. 




Lambat lagi nak menunggu mall sebelah tu bukak . Ahad mall akan bukak lewat jam 11 pagi. Dalam Belmont Forum mall tu ada Kmart yang aku plg suka pergi, Big W yang ada jual corelle, pasaraya Coles dan Woolworths dan macam-macam kedai lagi. Lepak dekat 2 jam jugak kat Mc D.

Bila dah bukak terus meluru pergi Big W dulu. 






Comel-comel baju baby girl huhuhu



Alahaiiiii hiasan rumah...



Kalau nak beli corelle murah-murah kat Big W ler..tapi design rasanya bukan yang latest ler.


Jumpa le piring ,mangkuk dan cawan monstera yang aku aim nak beli.



Selepas tu masuk Woolworths jumpa plak vase bentuk hexagon. Berat2 pon beli.



Selesai situ serbu Kmart plak....

Sebelum sampai kmart singgah kedai nih



Jumpa plak mug monstera...apalagi hahhahaha....ambik seketul....lagi 2 ketul kiriman orang


haaa..kat sini le tolak troli banyak nak angkut balik nih hahahaha...kalau korang ingat tahun lepas macam-macam aku angkut balik ...3 kotak table lamp.


Masuk-masuk pintu je dah masukkan dalam troli basket ni..bukan satu ...dua yer



Menarik plak tempat buat ice cube ni




Agak korang saya beli tak insulated bag nih....ehhhh mestilah kan..tengok ler corak apa tu.

Ehh measurement spoon pon ko berkenan kan...

Placemat ni pon menawan hati kalau dah warna gold dan silver gitewww




Aduhhhhhh...table lamp yang beli tahun lepas takde stok plak nampaknya


Huwaaa aku takleh tengok ler gold gold nih...







Kali ni pon aku siap angkut balik Gold Round Shelf. hehehehe.


Gilerkan kalau soping sini
Nak penuh troli kalau tak disekat nafsu hahahahha.
Dah selesai di Kmart...singgah beli air kat Coles. Aku terus beli Dare sebanyak yang mungkin nak bawak balik hahahah. Takde lah banyak sangat sebab risau gak muat tak beg...elok tak nanti bila dah sampai Malaysia. Tak jumpa plak Snickers dan Mars pod yang beli murah semalam tu.


Perut pon dah lapar...mujur ada Food court kat situ...

jangan risau ada je gerai halal. Kami makan kebab dan meat box. 




Chicken Meat box $ 15



Selesai makan kami kembali ke bus stop tunggu bas 380 ...pakai tiket Family Rider pass yang beli pagi tadi.








Sampai hotel kami letak barang-barang beli tadi. Takde rehat-rehat der...perfume tak abis beli lagi. Turun kebawah segera dan beli perfume di outlet Murray street dan Hay Street....hari ni macam panas sikit tengahari. Tapi suhu tetap sejuk.


Dah selesai beli perfumes ada kurang 1 jam lagi untuk pergi ke Watertown. Kul 5 ptg dah tutup. 

Naik bas Yellow Cat dan laju-laju cari kedai selipar Nike yang ayie nak. Selesai je cepat-cepat balik.

Kedai-kedai semua dah tutup jam 5...apalagi balik rehat le nak kemas beg baju.



The Cactus...sculpture yang ada di Perth city







Iced coffee Dare yang aku beli memang biar dalam peti ais lagi...dekat 9.30 mlm baru aku keluarkan dan balut dengan towel , seluar jeans, baju...dan ada jugak yang aku masukkan dalam insulated bag yang aku beli di Kmart. Kebetulan jumpa corak monstera. Dah selesai packing dalam jam 10 lebih kami check out. 

Beg dah beranak tapi okay lagi le untuk angkut berjalan ke bus stop.




Tunggu bas ke aiport Transperth 380 ke terminal 1. Pakai tiket family rider pass yang beli dari pagi tadi berulang kali. 



Ehhhh...tempat oku tu bang woiii..

Kami sampai airport dalam jam 11 malam. Ramai nampak dah terbaring atas kerusi disitu. Kami cari port untuk duduk dan baring. Airport Perth ni kecik je...so kami duduk di kerusi diruang balai ketibaan. 






Kaunter sewa kereta tu bukak sampai jam 1 ke 2 pagi gitu. Sebelah kaunter sewa kereta tu ada pejabat untuk kita dapatkan cop pada resit pembelian yang ingin kita claim tax. Department Of Agriculture.


Sejuk yang teramat sangat malam tu. Lebih-lebih lagi bila orang dah berkurangan. Memang susah nak lelap sebab sejuk.

Aku jalan mundar mandir je kat situ tengok bila boleh drop beg.


Dalam jam 4 pagi baru kaunter bukak. Memang ramai sungguh waktu tu...Mujur beg semua berat mencukupi.


Selesai drop beg kami naik ke atas lepak kat food court atas rehat. 


Dekat kul 5 baru kami gerak masuk. Mujur xde kene tahan beg untuk diperiksa. 


Tunggu gate dibukak...penuh seat kat situ. Bila dah dekat waktu makin panjang barisan...Baru je sekejap beratur..staff situ cari-cari budak bawah 12 tahun suruh beratur depan kat lorong hot seats....untung dia nampak Hafiy yang comel montel hehehehhe....terus kami dapat ke depan dan masuk dulu.


Perut memang dah lapar sangat. Tak sabar tunggu makanan dihantar. Dah habis lasagna rasa lapar lagi..rasa nasi asben punya Kung Pao chicken rice sedap plak...terus order lagi makanan. Baru rasa kenyang...terus tidur...heheheheh.




You Might Also Like

2 comments

  1. seronok tengok kak dy jalan2 makan angin shopping siap. heeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe...bab soping tu yg dari penat terus bertenaga

      Delete

Featured post

Percutian Family ke Perth 2017 - Hari kedua (Fremantle, Perth City, Bell Tower)

26 Ogos 2017 - Sabtu Hari kedua bangun bersemangat nak berjalan. Siapkan sarapan dulu. Buat nasi goreng sardin. Bawak bekal roti...



Like us on Facebook