Bengkel Penulisan KBBA9
April 10, 2018
Ahad lepas berpeluang menghadiri Bengkel Penulisan anjuran Kelab Blogger Ben Ashaari. Pagi-pagi lagi dah keluar rumah menuju Jalan Ampang. Tetiba tutup pulak jalan depan MATIC. Berpusing jugaklah cari jalan alternatif. Terus masuk parking berdepan MATIC ..parking berbayar. Rupanya ada je parking free sebelah MATIC. Takpelah lain kali tahu mana nak tuju untuk park kereta.
Rakan-rakan blogger ada yang dah sampai dan ada juga yang masih mencari-cari jalan dan parking. Aku terus naik ke atas menuju ke bilik dimana bengkel akan berlansung. Memang selesa tempat ni...luar bilik ada meja untuk menjamu selera, tandas berdekatan dan ruang santai untuk berborak. Terima kasih kepada MATIC kerana menaja tempat untuk bengkel ini.
Sebelum bengkel bermula kami bersarapan dahulu dimana sarapan pagi kami disedikan oleh Restoran Nelayan Ampang. Meehoon goreng dan kuih muih yang menyelerakan. Dah sarapan baru ler best untuk meneruskan bengkel.
Hari ni kami berpeluang menimba ilmu dari dua penulis terkenal iaitu Tuan Zulkifli Ahmad atau lebih dikenali dengan nama Apak. Beliau merupakan penulis buku Mata Tak Berhijab. Seorang lagi adalah Tuan Zamri Mohammad penulis buku umum.
4 faktor penting dalam penulisan kita mesti ada idea, watak/perwatakan, latar masa dan latar tempat. Tulis dahulu apa yang terpikir oleh kita , kemudian baru kita olah semula untuk jadi lebih menarik pembaca.
Kami juga berpeluang mendapatkan buku novel terbaru Apak iaitu Mata Ketiga. Jadi dapatlah tandatangan dari penulis sendiri.
Selesai bengkel kami dijamukan makan tengahari Nasi Butter Kambing Bakar tajaan Cafe Cerita Kambing. Emmmm memang sedap. Ingat senang ke aku nak makan sampai licin. hehehehe.
Lepas makan lepak-lepak le kejap.
Memang berbaloi mengikuti bengkel ni. Serba sedikit ilmu yang dapat boleh digunakan untuk memantapkan lagi penulisan di blog.
0 comments