Tertipu dengan tawaran AGODA

April 10, 2018


Mmmm...ni aku nak citer sikit ler pengalaman aku baru ni dengan Agoda. Selama ni okay je aku booking hotel samada dalam negara atau luar negara. Tapi kali ni rasa tertipu sangat.

7 April aku ada Hari Keluarga bersama dengan KBBA di Legoland , Johor Bahru. Balik ajer dari Perth terus aku cari-cari hotel atau apartment yang berdekatan dengan Legoland. Setelah masukkan bilangan ahli keluarga 5 orang dapatlah satu apartment ni memang up to 5 person untuk satu apartment dengan harga Rm 300...kalau tengokkan pada lokasi apartment tu jaraknya tak jauh dari Legoland. Sebab kami akan berada dalam Legoland tu sampai hampir tutup...jadi aku pilih untuk check in antara jam 5 - 6 ptg. Jadi kalau boleh memang nak cari apartment berdekatan. 



Jadi dalam Agoda tu , kedudukan apartment ini yang namanya Hello Kitty Land Apartment ditulis jaraknya 230meter dari Legoland. Okay le tuh kan. Dalam map pon jarak nya dekat je ditanda. Jadi dah puas hati dengan tempahan tu takdelah aku nak cari lain. lagipun aku memang tak biasa dengan Johor. Last aku ke Johor masa 2014. Alamat pon tak lengkap...aku pon tatau kat mana Bukit indah tu.




Pada tarikh 7 April tu selepas dah puas bermain di dalam Legoland...semua dah penat..cuaca pon dah mendung dan turun hujan rintik sekali sekala....jadi kami pon keluar dari Legoland untuk mencari apartment tu.

Dah set google map...kami dibawa ke Legoland Hotel 😠😠. Aduuiiiii berpusing banyak kali situ jugak arahnya.

Tanya pada staff Legeoland Hotel..memang takde sapa tau nama apartment ni. Hujan makin lebat dengan ribut sekali. Aku cuba call beberapa kali Agoda Customer Service...mesin jawab sila tunggu...dah le hujan..kepala dah pening..kena plak dengar lagu punya lama lebih 10 minit...berapa kali aku putuskan panggilan sebab tak sanggup nak dengar lagu tu.

Selepas panggilan ke tiga atau empat dan menunggu lebih 10  atau 15 minit barulah dilayan oleh staffnya. Aku dah terjerit-jerit bercakap sebab dah stress. Staff Agoda bagi nombor contact owner untuk aku berurusan sendiri dan dapatkan alamat yang tepat untuk lokasi apartment tu.

Owner Chinese lady nama Yannis. Aku suruh dia hantar location. Dia sms nama apartment dia yang sebetulnya . Skyloft premium suites yang terletak di Bukit Indah. Aku tanya berapa jarak dari Legoland...dia kata 3-5km...mangkuk kau ler...10 km okay.




Dia siap bagitau memang dalam Agoda dan Booking.com alamat apartmentnya salah. Tapi memang kau namakan apartment tu Hello Kitty Land Apartment letak dalam tu dan nama tu memang tak wujud pada mana-mana apartment di JB. Giler betul. 

Dia kata ada cuba hubungi tapi takde no phone aku nak bagitau alamat...mangkuk lagi sekali sebab kalau kau mintak kat agoda ade je nombor aku atau emel aku.

Memang sakit hati sebab minyak kereta pon dah menyala...takde stesen minyak berdekatan.

Sebelum pergi ke apartment tu singgah cari Petronas dulu...memang dah penat campur sakit hati ..pening kepala. 

Sampai kat apartment tu memang lokasi strategik le kalau memang nak bercuti di JB...banyak mall berdekatan..tapi aku cari yang sepelaung Legoland ..

Owner datang dari Singapore. Dah settle ambik kunci terus kami keluar balik cari makan...punyalah berangan nak makan sup tulang merah ler...murtabak ler...end up makan kat food court Tesco sebelah apartment tu jer....hampeh.


Kenapa owner dah sedar kesilapan tapi x maklum pada Agoda or Booking.com....sajer nak umpan kan...


Esoknya cari-cari iron...woiiii takde...aku rasa iron tu paling penting untuk ada dlam hotel atau homestay yang kita sewa.

Not recommended.

You Might Also Like

5 comments

  1. haru dan tragis sungguh pengalaman kak dy. jadi pengajaran untuk semua. Semoga kesusahan yang lepas Allah ganti kesenangan di kemudian hari. Sabar byk2 kak. setiap berlaku ada hikmahnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq Huda...lepas ni mmg akan berhati2 bila nak booking

      Delete
  2. Adoi.. Sepatutnya info tu kena betul.. Buat naya ja

    ReplyDelete
  3. salam kak..selalu baca blog akak, best..kena hati2 la lepas ni..ada juga cek apartment ni kat agoda..memang tengah mencari utk disember ni..ni nak baca review pon tak boleh hello kitty land apartment nih..hmm memang sah ada tak kena ni...owner kenala bagi info betul kan..tak la menyusahkan orang..

    ReplyDelete

Featured post

Percutian Family ke Perth 2017 - Hari kedua (Fremantle, Perth City, Bell Tower)

26 Ogos 2017 - Sabtu Hari kedua bangun bersemangat nak berjalan. Siapkan sarapan dulu. Buat nasi goreng sardin. Bawak bekal roti...



Like us on Facebook