Me'nate Ramadhan Buffet 2018

April 23, 2018


Bulan Ramadhan dah tak lama lagi, hotel-hotel dan restoran-restoran dah mula membuat preview buffet berbuka puasa.

Baru ni aku berkesempatan membuat food review bagi juadah berbuka puasa sepanjang ramadhan  1439 Hijrah di rangkaian Restoran Me'nate Steakhub.




3 SET MENU BERBEZA

Kali ni Restoran Me'nate Steakhub membawa kelainan daripada tahun-tahun sebelumnya dengan menyajikan pakej bufet berbuka puasa bertemakan 'Western & Local Delicacies Buffet'. Yang uniknya ia akan menyajikan 3 set menu berbeza bersilih ganti setiap hari.






Restoran Me'nate Steakhub yang telah memenangi 2 anugerah berprestij pada tahun 2018  sebagai restoran stik dan makanan barat terbaik tanah air akan menyajikan hidangan bufet makanan barat dan tempatan sepanjang bulan puasa.


KONSEP GERAI


Bagi menampilkan kelainan , Restorn Me'nate Steakhub mengetengahkan konsep gerai mengikut kategori hidangan. Ada  gerai minuman sejuk dan panas, gerai pembuka selera, gerai salad dan sup, gerai daging dan ayam panggang, gerai mee serta gerai pencuci mulut. Selain menu ala barat, set nasi juga dihidangkan seperti Nasi Minyak, Nasi Tomato, Nasi Briyani dan lain-lain.










MENU UNIK

Kebiasaannya kambing panggang menjadi tarikan utama di mana-mana bufet ramadhan. Tetapi Restoran Me'nate Steakhub  tampil membawa kelainan dengan menu unik  iaitu Rusa Golek.







HARGA BERPATUTAN

Agak-agak berapa yer harga pakej bufet ramadhan kat Restoran Me'nate Steakhub ni ?

Rm 79.90 untuk dewasa dan Rm 39.90 untuk kanak-kanak.  Sangat berpatutan dan berbaloi kan?

Bufet ramdhan ni disediakan setiap hari bermula jam 6.30 petang hingga 8.30 malam. Bagi pelanggan yang tidak dapat menyertai bufet ramadhan jangan risau  kerana selepas jam 8.30 malam , restoran akan meneruskan operasi ala carte seperti biasa sehingga jam 11 malam.


KONSEP DAN MENU YANG SAMA

Restoran Me'nate Steakhub mempunyai empat cawangan terletak di Ampang Jaya , Setapak, Bandar Baru Bangi dan Shah Alam. Anda tidak perlu risau kerana semua cawangan menghidangkan pakej menu dan konsep yang sama untuk pelanggan berbuka puasa.  Surau juga ada tersedia untuk pelanggan menunaikan solat maghrib.



You Might Also Like

3 comments

  1. menarik. banyak pilihan jugak menu2 dia. harga pun kira reasonable lah.

    ReplyDelete
  2. berbaloi kalau dapat berbuka puasa dekat menate ni, tunggu bulan puasa nanti la macam ni. heee

    ReplyDelete

Featured post

Percutian Family ke Perth 2017 - Hari kedua (Fremantle, Perth City, Bell Tower)

26 Ogos 2017 - Sabtu Hari kedua bangun bersemangat nak berjalan. Siapkan sarapan dulu. Buat nasi goreng sardin. Bawak bekal roti...



Like us on Facebook