Sampai jugak kami ke LEGOLAND

April 12, 2018

Seronok betul anak-anak bila mama bagitau Family Day KBBA9 kali ni di LEGOLAND Malaysia Resort . Dorang ni kalau ajak bercuti ..request nak yang ada theme park. Baru si bujang Ayie tu nak join kami bercuti . Elok plak tarikh family day lepas dia habis final exam semester pertama.

Jumaat 6 April lepas solat Jumaat kami terus bertolak ke Kuantan dulu ambik Ayie sebab banyak barang nak angkut dari asrama. Lepas makan malam kami bertolak semula balik ke Bangi. 


Family Day KBBA9 2018

7 April 2018


Mujur pagi ni kami semua tak terlajak tidur. Memang semua excited bangun awal dan kami memang perlu berkumpul di entrance LEGOLAND jam 11 pagi. 

Alhamdulillah perjalanan dari Bandar Baru Bangi ke Johor Bahru lancar dan kami sampai sebelum 10.30 pagi.

Sebelum masuk kami bergambar dahulu beramai-ramai. 



Selepas itu baru diagihkan tiket masuk dan juga voucher makanan. Terima kasih tak terhingga kepada pihak LEGOLAND Malaysia Resort yang sudi menaja Family Day kami kali ini.

Dah dapat tiket anak-anak dah tak sabar nak masuk.


Ini kaunter tiket diluar entrance LEGOLAND
Anda boleh layari website LEGOLAND untuk  melihat harga tiket.

Tapi kat luar entrance tu ada yang menarik perhatian aku...oooo Legoland ada buat promosi untuk Annual Pass.




Menarik ni...berpeluang plak menang Nissan Almera. Jangan lepaskan peluang.




Pintu masuk ..dibuka jam 10 pagi hingga 7 malam.



Masuk je terus ambik peta tau..nanti senang nak plan perjalanan kita dalam Legoland ni. 

Bagi yang dah pernah datang Legoland nak bagitau ni ada beberapa tarikan terbaru kat sini.




The Great LEGO® Race VR Coaster

World's First Lego Virtual Reality Coaster


LEGOLAND Malaysia Resort adalah Legoland theme park pertama yang melancarkan LEGO VR Roller Coaster race.







ni aku tengah naik dengan Hafiy...punya kuat mama pegang lengan Hafiy


Seronok dorang ni banyak kali ulang...aku pon terjebak jugak naik...tak nampak sekeliling pon. Bila dah pakai VR ni kita akan masuk dalam dunia LEGO. Macam dunia kartun...Seronok jugaklah jerit-jerit hahahah



ini Ayie dengan abang ngah naik.




LEGO® NINJAGO THE RIDE





Apa yang menarik dalam nih? 

Kita diberi peluang untuk menjadi mana-mana karakter kesukaan kita  melawan musuh dengan bantuan Master Wu.




Terjumpa Nya ...ajak dia jalan-jalan dulu...pakaikan topi panas kat luar tu.


Mama masuk dgn Hafiy

Mama memang fail le main ni hahahhaha....markah gerak sikit..tah apa mama fire tah...hahahahha. Hafiy tunjukkan cara...dalam gelap mana nak nampak. 

-----------------------------------------------------------------------------------------
Ada banyak permainan kat LEGOLAND ni tapi tak semua aku sempat pergi. Bebudak ni jer yang pergi main...mama duduk lepak ngan abah je sebab panas.




Aku jalan je tak singgah.

Terus menuju ke Miniland.




Karaweik Hall, Myanmar


Angkor Wat ,Cambodia





Kota Terlarang dan Tembok Besar China






Istana Bukit Serene











LEGO® Star Wars Miniland







Dipamerkan lebih dari 2000 model terkenal LEGO® Star Wars serta adegan ikonik dari keenam episode dan siri animasi Star Wars: The Clone Wars.



Dah tengahari perut pon dah lapar kami berhenti disini untuk makan.
Ada lebih dari 10 tempat makan di dalam LEGOLAND ni.





LEGO Academy










Anak-anak lepas makan semua berjalan sendiri pergi main roller coaster jadi mama ngan abah pergi naik Observation Tower





Member sebelah ni memang gayat terlebih.


Selepas tu kami masuk pulak 


   LEGO 4D Studios  


Basah kene air sabun hahahahah...2 kali kami masuk..sekali berdua jer...pastu nampak anak2 masuk..kami join mereka lagi sekali mujur movie berbeza.






Kemudahan kat dalam LEGOLAND ni lengkap . Tandas pon sangat bersih dan wangi. 




Kerusi rehat pon banyak disediakan



Kalau cuaca panas boleh berhenti disini untuk menyejukkan badan.

Dah dekat 5.30 kami keluar tapi sempat lagi lah minum petang berebut-rebut makan karipap panas dekat The Cafe.

Dari cuaca panas terik dah lewat petang cuaca dah mendung dengan hujan rintik-rintik sebelum hujan lebat kami cepat-cepat keluar menuju ke kereta.

Jangan lupa bayar tiket di mesin


Kami parking di Zon 2. Masa masuk tak payah bayar lagi dan tiada di beri tiket atau token. Masa balik baru bayar perentry Rm 10. Kalau korang nak guna Touch n Go terus je nanti masa keluar baru touch kad korang.

Memang seronok betul anak-anak kalau pergi theme park. Mak Ayah pon samalah happy tengok anak-anak happy. 

Kami teruskan perjalanan le cari apartment untuk bermalam. Nanti ada rezeki lagi kami datang lagi ke LEGOLAND.

Terima kasih sekali lagi LEGOLAND Malaysia Resort kerana menaja Family Day KBBA9.




You Might Also Like

5 comments

  1. alahai,best betul la kat legoland ni yer.. memang seronok la anak-anak kan.Banyak gila game kat sini

    ReplyDelete
  2. Suka tengok entri ni. Keseronokan anak-anak jelas terbayang di wajah mereka. Pasti menjadi kenangan indah buat mereka di Legoland Theme Park

    ReplyDelete
  3. budak2 seronok main kt legoland ni

    ReplyDelete

Featured post

Percutian Family ke Perth 2017 - Hari kedua (Fremantle, Perth City, Bell Tower)

26 Ogos 2017 - Sabtu Hari kedua bangun bersemangat nak berjalan. Siapkan sarapan dulu. Buat nasi goreng sardin. Bawak bekal roti...



Like us on Facebook