Masak-masak PKP - BASQUE BURNT CHEESECAKE

June 04, 2020



27 Mac
Masa PKP le skill memasak kemain lagi...semua benda naj masak sendiri ..yelah banyak masa dirumah...bukan aku sahaja..semua orang gitu.  Kalau tak takkan bahan memasak susah nak cari kat kedai masa memula PKP.  Nak cari serbuk agar-agar pon susah..Yis puas pusing kedai. Kesian Ketua keluarga kene cari.


Resepi yang memula aku nak try inilah...puas gak cari whipping cream..akhirnya dapat kat Evo mall. 
Aku takde oven tapi ada microwave convection oven...tapi mcam dah tak berapa cantik bakar atas.  

So untuk kek ni aku bakar pakai Tefal  rice cooker Induction...ada function masak kek
Punya buruk  nampak tapi sedap giler..ini sebab rice cooker tu spherical bentuknya.


31 Mac 
Nuat lagi kali ni pakai Air fryer plak...AF aku TRio tu 2.5L je so takde bekas muat...letak baking paper lapik basket dia je


Resepi Basque Burnt Cheesecake



☆ 250gm cream  cheese
☆ 1/2 cawan gula halus
☆ 3 biji telur
☆ 2 sudu besar tepung gandum
☆ 125ml whipping cream(1/2 cawan)

Pakai blender je uolls..senang.

Blend bahan satu persatu hingga sebati..kalau penalas blend je sekaligus😂.
Ai bakar kali ni pakai Air fyer ku yang cute merah menyala tu.  Bakar suhu 180°c dan 25 minit. Siap aje..ai biar kan dulu...dah sejuk sikit simpan kat peti ais . Lebih senang nak potong...ai makan esok paginya sebab buat malam.

So bebila nak makan cheese cake dah reti buat sendiri.

Jimat duit makan sefamili.



You Might Also Like

0 comments

Featured post

Percutian Family ke Perth 2017 - Hari kedua (Fremantle, Perth City, Bell Tower)

26 Ogos 2017 - Sabtu Hari kedua bangun bersemangat nak berjalan. Siapkan sarapan dulu. Buat nasi goreng sardin. Bawak bekal roti...



Like us on Facebook