Masak-masak PKP - KAYU KERAMAT

June 04, 2020

7 Apr


😁😁😁memang bentuk kayu  betul aku buat..hhahaha..yg penting garing luar lembut didalam

 Yg frozen tu molek je dorang bentukkan licin..
Ini bentuk asli..KAYU😁😁

Kalau tak tak takkan nama dia Kayu keramat...terlebih garing rasanya aku punya.

Nah resepinya .

500gm tepung 4 cawan
1 cawan gula pasir
1 sudu marjerin  dicairkan
1 peket yis mauripan
1 3/4 cawan air suam
1 biji telur
1 sudu teh  soda bikarbonat
Garam sedikit.

Masukkan yis dan gula  dalam  air suam..biarkan berbuih.
Tepung digaul sebati dengan marjerin.

 Masukkan soda ikarbonat ..
gaul..masukkan telur.  Masukkan larutan yis dan gula tadi sedikit demi sedikit..gaul sebati.
Biarkan doh selama sejam atau lebih. Aku uli malam utk goreng esoknya. So aku tutup dengan towel lembab.

Dah elok naik 2 kali ganda
Masa nak menggoreng kita letakkan minyak sedikit kat tangan agar adunan tak melekat..tabur tepung ke...uli  le bentuk sesuka hati.  Bengkang bengkok pon buleh macam kayu.  Minyak biar banyak dan panas. Api jangan besar sangat nanti hangit luar.
Tadaaaa...dah siap goreng  boleh makan begitu saja atau cicah le kuah kari..sambal tumis..masak lemak cili api..sambal sardin..kuah nasi dagang. Sukati koranglah..cicah air teh pon boleh.


Leceh le buat.,,,,aku beli jelah lenkali hahahah

You Might Also Like

0 comments

Featured post

Percutian Family ke Perth 2017 - Hari kedua (Fremantle, Perth City, Bell Tower)

26 Ogos 2017 - Sabtu Hari kedua bangun bersemangat nak berjalan. Siapkan sarapan dulu. Buat nasi goreng sardin. Bawak bekal roti...

Like us on Facebook