PKP dan Norma Baharu
June 04, 2020
Nak simpan disini kerana ini betul² menjadi sejarah. Bolehlah nanti anak cucu baca. Apa yang terjadi di tahun 2020 yang selama ni kita tunggu..semuanya kerana Covid 19. Satu dunia terkesan..satu dunia ...
Kematian sehari dinegara² maju tu sampai ada yang 8k sehari.
Bermula dari Wuhan China.akhirnya satu dunia ia menular.
Lamanya xjenguk blog..yerlah xde apa nak update pasal travel. Tahun 2020merubah segalanya. Lepas je birthday aku..semua org perlu berkurung. Semua pergerakan dikawal. Mana sangka pada mulanya perinrah hanya 2 weeks..kemudian bersambung sambung jadi lebih 2 bulan ni. Sedikit demi sedikit diberi kelonggaran.. Sekolah ..IPT dihentikan sementara. Semua ditutup perniagaan..pejabat bekerja dari rumah semua. Hanya pasaraya..kedai runcit...farmasi dan bank dibuka.
Tidak boleh keluar dari rumah. Hanya ketua keluarga sahaja.
Jadi apa akktiviti dirumah, Tengok TV..langgan Netflix..main PS4.
Tak boleh lagi makan diluar..jadi masa ni lah skill masak bertambah baik..keje masak je.
Mujur Ayie sempat balik dari Kuantan sehari sebelum PKP bermula. Kawan serumah dia ada yang tak balik sorang tu nak siapkan assignment..ingat 2 weeks jer..sekali lama gak dia keseorangan
kat rumah tu terkandas tak dapat balik Perak. Mujur Poli ada provide makanan untuk pelajarnya
Ramai jer yang terkandas dikampung kerana masa tu cuti sekolah...ambik kau 2 bulan ttttak dapat balik umah.
Masa mula- mulaPKP bermula memang rasa tetiba jalan raya sunyi..kereta tak banyak atas jalan..kedai-kedai tutup jadi sunyi. Terkurung jelah kat umah. Memang stok makanan dah beli
memula masuk gak dapur memasak 3 kali...woiii penat hahhha...last2 tengahari memang aku wajib masak nasi..pagi dan malam kadang-kadang masak...pandai-pandai le masing-masing masak sebab pagi dan malam makan ringan jer.
Sepanjang PKP ni jugak le keje nya beli online dan memasak macam-macam masakan...semua nak try..cari bahan le susah. Sebab semua pakat try masak lebih kurang sama.
Untuk entry lain aku share apa aku masak sepanjang PKP.
Barang elektrik pon sedar tak sedar 6 aku beli hahhaha...
Masa PKP ni gak sambut birthday Hisham yang ke 17 pada 24 mac
Masa ni keluar ke kedai memang sunyi sepi tau...kami beli KFC dan kek SR, mujur dekat umah semuanya dan bukak.
Simpan sini sebab inilah sejarah yang akan dikenang
FASA 1: 18 MAC - 31 MAC 2020
FASA 2: 01 APR - 14 APR 2020
FASA 3: 15 APR - 28 APR 2020
FASA 4: 29 APR - 12 MEI 2020
FASA 5: 13 MEI - 09 JUN 2020 (PKPB)
FASA 6: 10 JUN - 31 OGOS 2020 (PKPP)
*(PKPB) - Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat
*(PKPD) - Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan
*(PKPP) - Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan
Perintah Kawalan Pergerakan seluruh Malaysia
▪️Tiada solat Jumaat sepanjang tempoh PKP
▪️PKP dalam bulan puasa. Tiada bazar Ramadan, tiada terawih di masjid.
▪️Tiada buffet Ramadan di hotel-hotel seperti tahun-tahun sebelumnya.
▪️Tiada sambutan Hari Raya Aidilfitri, tidak boleh balik kampung, tiada kunjung mengunjung. Raya pertama sahaja berkumpul tidak lebih 20 orang
▪️Tiada bunyi mercun, tiada yg cedera akibat mercun. Tapi malam raya dan malam raya oertama meriah taman aku dengar bunyi bunga api dentum dentam sebab tahun ni jelah semua ada dirumah.. selalunya sunyi
▫️Harga minyak jatuh sehingga RM1.25/liter
▫️Semua pejabat di seluruh Malaysia diarah tutup sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kerja - kerja dilaksanakan sepenuhnya dari rumah.
▫️Semua sekolah ditutup dan pendidikan dilaksanakan di atas talian. Kerja sekolah untuk murid dihantar dlm group what'sapp.
▫️Penjarakkan sosial sentiasa diutamakan. Bersalam tangan ditukar dgn meletak tgn di dada.
▫️Pita pelekat dilekatkan di atas lantai - lantai kedai untuk menentukan jarak selamat 1 meter di antara pelanggan. Beratur hingga berpuluh meter ke luar kedai.
▫️Restoran dan kedai-kedai makan ditutup, hanya dibenarkan bungkus dan dibawa pulang sahaja. Food rider ibarat cendawan tumbuh lepas hujan. Ada yg kantoi jual rokok seludup dan ketum.
▫️Hanya beberapa orang sahaja dibenarkan berada di dalam kedai.
▫️Kedai bukan keperluan asas dan perniagaan tidak berkaitan pembekalan makanan diarah tutup.
▫️Keseluruhan acara dan musim sukan di seluruh dunia dibatalkan serta merta. Aktiviti riadah dan bersenam dalam rumah.
▫️Konsert, perlancongan, festival, acara hiburan dibatalkan. Kawasan tumpuan di bukit bintang sunyi sepi yg sblm ini sesak dan padat 24 jam. Ibarat tiada waktu tidur.
▫️Majlis perkahwinan dan pelbagai sambutan majlis bersama keluarga dibatalkan. Tp diganti dgn nikah online.
▫️Tiada lagi jemaah di masjid dan rumah-rumah ibadat ditutup.
▫️Tidak dibenarkan perkumpulan 50 orang atau lebih, kemudian diubah kepada 20 org atau lebih, hanya dibenarkan 10 orang atau kurang dari itu juga tidak dibenarkan.
▫️Taman permainan kanak-kanak ditutup.
▫️Kekurangan stok penutup muka, gaun dan sarung tangan untuk kegunaan pekerja barisan hadapan.
▫️Kekurangan alat bantuan pernafasan bagi pesakit kritikal.
▫️Berlakunya pembelian panik sehingga kekurangan alat pembasmian, tiada sabun cuci tangan, tiada cecair pembersih tangan
▫️Rak-rak di kedai menjadi kosong.
▫️Kilang-kilang pembuatan, kilang penyulingan dan perniagaan lain telah menukar perkhidmatan mereka dengan membantu menyediakan visors, penutup muka, cecair pencuci tangan dan PPE.
▫️Kerajaan telah melaksanakan sekatan jalan di setiap kawasan dan tertutup kepada pergerakan yang tidak penting.
▫️Tiket kapal terbang murah, namun kita tidak boleh keluar melancong.
▫️Sidang media dari Kementerian Kesihatan di keudarakan setiap hari.
▫️Kemaskini kes baru, yang telah sembuh dan pesakit yang meninggal dunia dilakukan setiap hari jam 5 ptg.
▫️Jalan raya menjadi kosong sunyi sepi tanpa kelibat manusia dan kenderaan selepas jam 8 mlm.
▫️Ramai orang memakai penutup muka dan sarung tangan apabila keluar.
▫️Pekerja perkhidmatan penting menjadi takut untuk keluar rumah.
▫️Pekerja kesihatan pula, menjadi takut untuk pulang ke rumah dan berjumpa keluarga.
0 comments